Realtime website trackingweb stats

Tersalah urus boleh undang kematian, ini cara pastikan daging korban kekal segar

Oleh HADI KAMARUDIN

Musim Hari Raya Aidiladha ini, ramai yang menjalankan ibadah korban dan menerima sumbangan daging.

Bagi mengekalkan kesegaran daging, kaedah penyimpanan di dalam peti sejuk bukanlah perkara utama

Lebih penting lagi ialah proses pengedaran daging itu sendiri.

Berikut adalah tips pengedaran, penyimpanan, dan penyingkiran lemak daging seperti yang dicadangkan

oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia:

Tersalah urus boleh undang kematian, ini cara pastikan daging korban kekal segar

Tip edar daging:

Pastikan daging korban dibungkus dengan rapat, tidak terbuka atau bocor.

Edar daging korban dengan segera untuk mengekalkan kualiti dan kesegaran daging.

Pastikan daging korban tidak tercemar.

Gunakan kotak penyejuk jika ingin mengedarkan daging korban ke pelbagai tempat.

Tip penyimpanan daging:

Singkirkan benda asing seperti daun, pasir atau serpihan kayu yang melekat pada daging sebelum menyimpan dalam peti sejuk beku.

Potong daging kepada saiz yang lebih kecil dan simpan dalam bekas plastik berpenutup mengikut kuantiti yang biasa digunakan di rumah.

Simpan daging dalam bahagian sejuk beku peti sejuk dengan suhu 18 darjah Celsius atau lebih rendah.

Elakkan dari menyimpan daging bersama makanan yang boleh dimakan terus seperti aiskrim untuk mengelakkan pencemaran silang.

Tip ‘defrost’ daging:

Keluarkan bungkusan daging dari peti sejuk beku dan biarkan seketika di dalam bahagian biasa peti sejuk.

Nyahbeku daging di bawah air yang mengalir dan elakkan daging terendam dalam air yang sama.

Jika menggunakan ketuhar gelombang mikro, gunakan tetapan nyah beku (defrost).

Lebih baik elakkan dari membekukan semula daging yang telah dicairkan.

Jangan ambil mudah setiap proses ini kerana kesilapan dalam pengendalian boleh membawa kepada keracunan makanan.

BACA: Cara buat putu piring gebu dan lembut guna gula merah dan tepung pulut