Gara-gara terperdaya dengan individu yang menggunakan nama Anwar Setiawan, seorang janda muda berputih mata apabila wangnya lesap lebih RM18,000.
Lelaki itu yang menyamar sebagai pegawai polis di Aceh Tengah berpangkat brigedier, dikenalinya sejak tiga bulan lalu.
Kononnya dia bertugas di Aceh Tengah, janda kaya dan cantik yang berasal dari daerah Gowa, wilayah Sulawesi Selatan itu akhirnya terpaksa pasrah dirinya telah ditipu.
Dia menyedari telah dikhianati selepas memindahkan wang 60 juta rupiah bersamaan RM18,189 kepada lelaki jahat itu dengan alasan wang belanja untuk mengahwininya.
“Saya ditipu oleh seseorang yang mengaku sebagai polisi (polis). Dia mengaku, namanya Anwar Setiawan,” kata janda tersebut, dipetik portal berita Prohaba.
Kes wanita terperdaya dengan lelaki yang baru dikenali dan berjanji ingin berkahwin itu juga pernah berlaku di Malaysia. Masih ramai wanita terutamanya yang mudah cair dalam ‘love scam’.
Pada April lalu, seorang jururawat berusia 40 tahun di Muar, Johor mendakwa kerugian RM134,000 selepas ditipu lelaki baru dikenali beberapa minggu.
Jururawat itu berkenalan dengan suspek dipercayai warga Indonesia melalui Facebook dan mereka kerap berhubung melalui telefon.
Oleh sebab, khusus buat para wanita, berhati-hatilah dengan penipuan yang menunggang cinta dan janji kahwin.
Baca:
Pasangan bercerai gara-gara cemburu beli iPhone 15 Pro Max, siap ugut saman isteri sendiri
Cover album K-Pop ‘sebijik’ kulit Al-Quran cetus kemarahan peminat, mujur pengurusan bijak bertindak
Shila Amzah dan suami digosip nak bercerai, ini komen padu tuan badan