Terperdaya dengan bomoh temberang jual ubat, kalaulah doktor perubatan berhenti buat kerja fardu kifayah…

Oleh FATIN AQILAH

Entah mengapa ada dalam masyarakat kita mudah sangat terperdaya dengan bomoh temberang jual ubat.

Hinggakan bukan sedikit yang boleh pula mengabikan nasihat perubatan lebih-lebih lagi jika bomboh itu bergelar ‘perawat Islam’.

Dr Imelda Balchin mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan bomoh temberang.

Terperdaya dengan bomoh temberang jual ubat, kalaulah doktor perubatan berhenti buat kerja fardu kifayah...
Gambar hisan.

Tegasnya, ‘perawat’ tidak bertauliah itu tidak akan dipertanggungjawabkan oleh undang-undang kerana mereka tidak pernah mengaku ada kelayakan sebagai perawat.

Ini nasihat pakar Obstetrik dan Ginekologi itu yang berpengalamannya selama 25 tahun berkhidmat di United Kingdom (UK) dan Malaysia:

Ada orang terpedaya dengan bomoh temberang jual ubat. Bomoh temberang ni berani menipu.

Dia berani suruh client dia berhenti makan ubat doktor dan suruh beli ubat dia yang bukan pun murah.

Dia berani menipu sebab kalau penyakit awak bertambah teruk kerana ubat dia memudaratkan, atau penyakit awak bertambah teruk sebab dengar nasihat dia berhenti makan ubat doktor, tak ada sesiapa pun boleh saman dia.

Kalau awak saman bomoh temberang, hakim akan kata, kenapa awak pergi percaya kepada orang yang tiada tauliah perubatan?

Bomoh ni tak pernah pun mengaku dia doktor perubatan, ‘kan?

Salah awaklah beli ubat daripada sesiapa saja kan.

Yang salah itu ialah awak yang percaya kepada orang yang tak ada kelayakan merawat dan tak pernah pun mengaku ada kelayakan yang diiktirafkan untuk merawat.

Sesiapa yang tiada tauliah boleh kata apa-apa pun tetapi dia tidak akan dipertanggungjawabkan oleh undang-undang jika nasihatnya memudaratkan orang awam, sebab dia tidak pernah mengaku ada kelayakan sebagai perawat.

Maka ini menjadi tanggungjawab anda sendiri untuk tidak mengambil nasihat perubatan daripada sesiapa saja.

Hakikatnya, ialah dosa memudaratkan orang lain itu dia kena jawab juga di akhirat, bukan di dunia.

Anda semua ada tanggungjawab menjaga kesihatan diri sendiri dan jika anda sengaja memudaratkan diri sendiri, anda juga kena jawab di akhirat, bukan di dunia.

Mereka yang benar-benar pengamal perubatan Islam akan ikut fatwa Mufti dan nasihat Rasulullah yang menggalakkan anda merawat dengan ahli yang bertauliah di dalam bidang perubatan, kemudian mendoakan untuk anda semoga sembuh, bukan mereka yang bertentangan dengan pakar-pakar perubatan yang diiktirafkan.

Sebenarnya, doktor-doktor perubatan yang membuat kerja fardu kifayah.

Kalau semua doktor perubatan berhenti kerja, dan semua hospital kena tutup, kita semua kena tanggung dosa fardu kifayah.

Baca:

Penduduk nampak satu ‘objek’, rupanya sosok wanita jatuh bangunan dipercayai ditolak kekasih

Pekerja Mercedes-Benz di Jerman nikmati bonus sehingga RM37.6K

Ramai lelaki ‘DM’ mahu berkenalan dengan balu Abam Bocey, tapi ini dua sebab Hidayah kata ‘nanti dulu’