Realtime website trackingweb stats

Terlampau murah! Pelanggan tak puas hati harga nasi lemak di Kedah cuma RM1.50

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Kenaikan harga barang memang tidak dapat dielakkan.

Untuk satu bungkus nasi lemak, kita perlu membayar hampir RM5 jika dibeli di kawasan bandar.

Tetapi, masih terdapat beberapa tempat di seluruh Malaysia yang menawarkan harga serendah RM1.50 untuk satu bungkus nasi lemak.

Terlampau murah! Pelanggan tak puas hati harga nasi lemak di Kedah cuma RM1.50

Melalui kongsian TikTok @damianajunpakartilam, dia tidak menjangka boleh jumpa nasi lemak yang murah sangat ketika berjalan-jalan ke Kedah.

“Sumpah saya culture shock datang Kedah ini. Saya tanya akak itu – Saya bagi RM5.00, akak bagi balik RM3.50. Nasi ini RM1.50 sahaja ke?

“Memang macam ni ke dekat Kedah? Telur tu sebiji bukan separuh,” tanya wanita itu terpinga-pinga.

Video TikTok tersebut telah menarik perhatian orang ramai di media sosial.

Banyak yang mengatakan bahawa harga yang ditawarkan adalah harga yang biasa di Kedah.

Terdapat juga yang memberitahu bahawa terdapat kedai-kedai yang menjual nasi ayam dengan harga serendah RM1.20.

Pengguna internet juga berkongsi bahawa mereka tidak melepaskan peluang untuk menikmati makanan dengan banyaknya setiap kali berada di Kedah.

Menurut @damianajunpakartilam, dia berasa sukar untuk menerima baki wang yang diberikan peniaga tersebut kerana jumlahnya banyak, dan tidak sepadan dengan harga nasi lemak di tempat lain.

@damianajunpakartilam Memang macam ni ke kat Kedah?? Telur tu sebijik bukan separuh 😭😭 #kedah ♬ Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah Intan

Baca:

Amira othman dedah pernah diganggu lelaki mental, siap minta cium semasa sedang makan

Menangis bawah kaunter sambil mencarut menyesal kerja F&B, ‘customer’ yang jenis berlagak patut insaf

Temui ajal di gelanggang, rupanya anak muda ini sanggup tolak beberapa ke universiti demi silat