Realtime website trackingweb stats

Terlalu utamakan ruang peribadi, Malaysia duduki tempat ke-3 paling ramai ‘single’

Oleh NUR KASIH

Satu kajian tentang status hubungan individu di seluruh Asia Tenggara yang dilakukan oleh Bahagian Penduduk, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah memberikan penjelasan tentang keadaan sosial di rantau ini.

Perkongsian data oleh SeaAsia Stats juga menunjukkan bahawa Filipina merupakan negara teratas di mana ramai penduduknya masih bujang atau ‘single’, diikuti oleh Brunei dan Malaysia.

Dari penerangan mengenai data tersebut, status ‘single’ merujuk kepada individu yang belum berkahwin, bercerai, berpisah, atau menjadi balu.

Terlalu utamakan ruang peribadi, Malaysia duduki tempat ke-3 paling ramai 'single'

Menduduki pada tempat ketiga dengan kadar 44.68% bagi individu yang masih bujang, data ini juga menunjukkan beberapa faktor yang menyumbang kepada peningkatan jumlah orang yang belum berkahwin di Malaysia.

Antaranya termasuk pandangan mereka tentang perkahwinan, peningkatan ekonomi, dan keperluan sosial yang lebih tinggi.

Para ahli sains sosial dan pakar menekankan bahawa trend ini mencerminkan perubahan yang besar telah berlaku dalam masyarakat Malaysia.

Mereka juga menyatakan bahawa individu di negara ini semakin memberi tumpuan kepada privasi, penjagaan diri, dan kesejahteraan emosi, berbeza dengan pandangan tradisional mengenai perkahwinan dan keperluan untuk berkeluarga.

Sementara itu, data perkahwinan global untuk tahun 2019 menunjukkan bahawa lebih daripada 80% wanita berusia antara 30 hingga 54 tahun masih dalam perkahwinan, manakala peratusan yang sama juga dicapai oleh lelaki berusia antara 35 hingga 74 tahun di Malaysia.

Baca:

Cara buat ‘fish noodle soup’ mudah dan senang, menu popular di restoran Cina

Cara luar biasa goreng kacang tanah guna ‘gadget’ dapur ini, paling penting jimat masa

Netizen tergamam tengok DBKL sita Food truck halang laluan ramai