Realtime website trackingweb stats

Terlalu jaga pemakanan anak sampai dia jadi jakun bila kawan-kawan belanja makan jajan

Oleh FATIN AQILAH

Seorang pengguna Twitter berkongsi ilmu keluargaan kepada mereka yang bakal mempunyai anak supaya mereka dapat menjaga pemakanan anak mereka dengan sebaik mungkin.

Dulu masa aku mula dapat anak, aku dah bgtau plan aku pada wife

“Kita jaga pemakanan anak, jangan bagi makan jajan”

Terlalu-jaga-pemakanan-anak-sampai-dia-jadi-jakun-bila-kawan-kawan-belanja-makan-jajan 01

Tapi, ternyata keputusan tu adalah satu kesilapan.

Kenapa?

Ni ilmu parenting jalanan untuk korang yang bakal ada anak nanti

Terlalu-jaga-pemakanan-anak-sampai-dia-jadi-jakun-bila-kawan-kawan-belanja-makan-jajan 02

Jaga pemakanan anak memang penting. Kalau ikut saranan doktor, kena bagi makan raw food kepada anak2

Aku pun tahan anak, memang tak sentuh langsung keropok, gula2 atau apa sahaja makanan ringan

Tapi, masa anak 3 tahun di taska, dia balik kelaparan

Kenapa?

Sebab taska buat sambutan hari jadi. Makanan yang ada semua jajan & kek sahaja.

Anak tak makan semua tu. Jadi dia kelaparan. Nak habaq tak reti, makan lapar la sampai ke rumah

Aku bukan orang bodoh nak pi marah cikgu taska. Bukan salah diorang

Jadi aku mula faham, bahawa ada beza antara rules & real life.

Rules pemakanan adalah untuk jaga kesihatan anak. Ianya penting

Tapi in real life, semuanya tak mengikut rules.

Bagaimana anak nak hadapi kehidupan kanak-kanak bersama kawan lain tanpa makan benda merepek?

Pergi main, kawan belanja aiskrim. Kalau anak tak makan aiskrim, kesian dia.

Kalau pergi sekolah, kawan makan makanan ringan bersama-sama, dia jadi jakun sorang2 sebab tak makan jajan

Jadi, aku ajar anak aku makan jajan.

Aku ajar makan keropok
Aku ajar makan aiskrim
Aku ajar makan jajan

Gula-gula je aku tak ajar sebab benda tu rosakkan gigi.

Ajar makan ala kadar. Bukannya hari-hari. Sebulan sekali je.

Bagi dia tahu rasa, suka atau tidak, dia buat pilihan

Kalau dia tak suka, dia sendiri akan tolak pelawaan kawan

Kalau dia suka, dia akan ambil makan sampai habis.

Cuma, bila aku buat imbangan semula. Bila bagi makan jajan, aku seimbangkan dengan supplement

Aku bagi vitamin
Aku bagi prebiotic
Aku bagi probiotic

Ini pun diberi secara berkala juga. Bukan hari-hari.

Alhamdulillah, anak aku sekarang jarang makan jajan. Semuanya makan masakan hasil air tangan mak diorang je.

Lagi kita tahan, lagi diorang nak

So, kita bagi je la makan. Seimbangkan balik dengan supplement yang sesuai

Real life tak semestinya kena bergantung kepads rules

Rules dibuat untuk memberi panduan kepada orang ramai mengenai perkara yang paling selamat dilakukan

Tapi, real life is real life.

Pandai2 adjust

Kredit: Iffat Salleh

 

Baca :

Panadol itu hanya jenama paracetamol, sama macam mi segera yang selalu disebut ‘megi’ 

Telan bawang putih saja rupanya, ini petua ‘rare’ hilangkan sakit kaki dan buang angin 

Tak sangka 90% hasil sumbangan kena rembat, lelaki ini bagi tips elak sedekah kepada scammer