Realtime website trackingweb stats

‘Terkilan tak dapat usaha lebih’ – Ini sebabnya Aznil minta maaf selepas Ibnor Riza tiada

Oleh ARIF ABDULLAH

Datuk Aznil Nawawi meluahkan rasa ralat tidak dapat kumpul dana banyak buat Allahyarham Ibnor Riza.

“Abang maafkan saya,” kata Aznil sambiketika akhir hayatnya tetap gigih bekerja bagi menampung kos rawatan serta kimoterapi yang dianggarkan mencecah RM200,000 biarpun terpaksa menjual tiga kereta selain mengeluarkan semua wang simpanan.

Atas semangat tersebut, pada Oktober lalu Aznil menyatakan terpanggil membuka tabung bagi meringankan beban rakannya itu menjalani rawatan kimoterapi yang masih berbaki.

Dua minggu kemudian, selebriti yang sebelum ini pernah membuka tabung sama untuk penyanyi Zamani telah menyerahkan sumbangan berjumlah RM20,000 kepada Ibnor.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kasau, Tengkek, Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan pukul 10.20 malam tadi.

Allahyarham meninggalkan dua balu iaitu Norhayati Mohd Nor dan Sarimah Sulaiman serta dua cahaya mata.

Baca:

Selepas sokong pembunuhan di Gaza, sekolah di Amerika dah mula mahu tubuhkan kelab syaitan

Suhana demam 3 hari gara-gara berpisah dengan Abu – Kambing ‘rosak’ ini siap pakai pampers

Comel tapi sangat bahaya. Jangan biarkan anak tonton 6 rancangan kartun ini!