Realtime website trackingweb stats

Terkejut rupanya paling kurang 233 pasangan kahwin di selatan Thailand sebulan, ini risiko tak buat pengesahan nikah

Oleh AHMAD ISMAIL

Ramai isteri mohon jangan terkejut apabila secara purata terdapat 233 pasangan dari Malaysia berkahwin di selatan Thailand sejak Januari sehingga Mac tahun ini.

Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi, berkata seramai 700 pasangan berbuat demikian sepanjang tempoh itu dengan kebanyakan mereka berpoligami.

Bukan sedikit kes nikah di sempadan utara tanah air itu disebebabkan gagal mendapat restu keluarga.

Ahmad Fahmi berlata, rata-rata mereka memilih untuk melakukan akad nikah di Songkhla selain Narathiwat, Yala dan Pattani.

Namun, pihaknya percaya angka sebenar rakyat Malaysia yang berkahwin di selatan Thailand jauh lebih banyak.

Terkejut rupanya paling kurang 233 pasangan kahwin di selatan Thailand sebulan, ini risiko tak buat pengesahan nikah

Hal ini kerana mereka tidak membuat pengesahan dokumen pernikahan di pejabat konsulat di Songkhla.

“Angka yang kita dapat itu berdasarkan pasangan yang tampil membuat pengesahan dokumen pernikahan.

“Namun bagi mereka yang tidak membuat pengesahan, kita tidak tahu.

“Namun kita percaya ramai yang tidak tampil membuat pengesahan sekali gus menyukarkan pasangan berkenaan untuk mendaftarkan perkahwinan di Malaysia.

“Antara punca mereka tidak membuat pengesahan dokumen perkahwinan disebabkan enggan perkahwinan mereka diketahui mana-mana pihak,” katanya, lapor Harian Metro.

Beliau menjelaskan dalam setiap pengesahan dokumen perkahwinan yang dibuat di pejabat konsulat, pihaknya akan membuat semakan sama ada pasangan berkenaan berkahwin dengan jurunikah bertauliah atau sebaliknya.

“Alhamdulillah, setakat kini mereka yang membuat pengesahan berkahwin dengan jurunikah yang bertauliah.

“Kita khuatir mereka yang tidak membuat pengesahan dinikahkan dengan jurunikah yang tidak bertauliah, sebaliknya yang disediakan ejen tertentu,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan kepada mana-mana pasangan dari Malaysia yang mahu berkahwin di selatan Thailand supaya tidak tertipu dengan ejen nikah.

Kononnya pelbagai pakej ditawarkan tetapi akhirnya dinikahkan dengan jurunikah tidak bertauliah.

“Ada juga kes dimana pasangan sudah membayar ribuan ringgit namun akhirnya ditinggalkan terkontang kanting di sini tanpa sempat bernikah,” kata Ahmad Fahmi lagi.

Baca:

Ayam baru beli jadi kurang segar? Ini tips mudah kekalkan kesegaran, no 7 paling penting

Tips bercuti ke Pulau Perhentian, ini senarai 6 barangan wajib bawa, nombor 4 tu kalau tiada memang payah nak tidur lena

Makanan selalu tumpah dalam ‘oven’? Ini petua cegahnya