Terkejut pendaki ini dengar deretan ‘zikir’ ini basah di lidah budak remaja, cuba pastikan anak anda tidak terjebak

Oleh SHAZLIN AZIZ

Gaya perbualan sebahagian remaja mutakhir ini semakin membimbangkan apabila deretan bahasa kesat dan makian seolah-olah menjadi ‘zikir’ yang basah di lidah mereka.

Benar. Ramai lagi remaja yang baik budi bahasanya tetapi golongan yang ‘rosak’ bahasa nampaknya bukan dalam jumlah yang kecil.

Selain perkataan “bodoh” yang kerap diucap, mereka juga “saling mendoakan” sial antara satu sama lain.

Terkejut pendaki ini dengar deretan 'zikir' ini basah di lidah budak remaja, cuba pastikan anak anda tidak terjebak

Sudah tiba masanya, anda yang bergelar ayah dan ibu perlu lebih bertegas memastikan anak masing-masing tidak ketagih untuk menggunakan kata-kata cacian hingga menjadi tabiat yang sukar dikikis.

Ikuti perkongsian pendaki ini yang terkejut mendengar perbualan sekumpulan remaja perempuan bertudung sesudah menuruni puncak Bukit Dua Ringgit di Hulu Selangor:

“Bergetar kepala lutut sial,” kata yang berseluar kuning tutup paras lutut.

“Relakslah bodoh,” kata kawan seorang lagi yang agak berisi badannya dengan “doh” itu ditebal dan dipanjangkan bunyinya.

Disamping mereka ada anak gadis bertudung manis yang gelak saja sambil menjeling saya yang berkerut sambil menarik pelitup di dagu rapat ke hidung.

Itu di parkir di kaki bukit selesai turun dari puncak Dua Ringgit.

Di puncak tadi pula sambil mereka bergambar di ‘bay-route’ atau ketupat besi, saya dah terserempak awal dengan mereka bertiga.

“Jap, aku nak delete gambar² lucah aku,” kata salah seorang anak muda lelaki itu sambil gelak sebelum memberikan telefonnya kepada anak dara itu.

Yang si gadis pula bersahaja mengambit, “syial (bunyi ‘sy’ bagi ‘sial) la ko (kau) ni. Banyak ke? Tengok sikit!”

Tidak jauh dari mereka, ada sepasang anak muda Cina perhati dan dengar mereka bersembang. Entah apa mereka fikir.

Memang dah terbeliak mata dengar cara mereka bercakap.

Saya perasan sejak dalam lebih 10 tahun dulu lagi, generasi yang dari budak sekolah rendah sampai awal 20 tahun sama ada di pusat internet mahupun kedai mamak suka sangat menyebut “sial” kadang “syial” dan “bodoh” semasa bersembang.

Mujur waktu tiba di puncak sebelum rapat dengan mereka dan apabila turun di kaki bukit, saya sudah tarik ‘mask’, terbayangkan ‘virus’ keji tersebar dari lidah-lidah yang selamba menyebut kata-kata cemar.

Melayu jenis apa yang dapat dibanggakan kalau “saling mendoakan” sial dan bodoh antara satu sama lain?

Adab Melayu yang konon terkenal sopan santun sudah campak ke mana, sungguhpun kawan rapat. Budi Bahasa Budaya Kita, dah ke laut? Bayangkan 10-20 tahun bila generasi ini berkahwin, ada anak, bahasa bagaimana pula akan diwariskan?

Perangai begini layakkah pemerintah sakan membina “Quranic Village” berpuluh juta ringgit, kalau adab berbahasa remaja dan anak muda dibiar runtuh?

Lebih baik buat balik Latihan Khidmat Negara khusus untuk remaja lelaki dengan penekanan kepada latihan tentera dan sivik.

Tidaklah umur baru awal 20 mungkin belasan tahun lagi sudah “bergetar lutut” naik Bukit Dua Ringgit saja pun tapi celupar sungguh mulut tak hirau orang keliling.

Itu belum lagi botol air yang mereka minum di puncak tadi. Disebabkan masing² tak bawa beg, ke mana botol itu dibuang? Sangka baik, mungkin simpan dulu dalam poket!

Apapun, kita doakan mereka berubah jadi lebih baik perangai dan lidah.

Bagi pasangan muda yang ada anak itu, ubahlah bahasa anda sebelum asuh anak masing-masing jangan suka sebut “sial”, “bodoh” di tempat umum. Jangan buat malu Melayu!

Baca:

Budak di kedai ditanggalkan baju dan ditampar, inilah rupa pendudukan tentera

Tak duduk dalam kasut, cara Neelofa & Nabil respon luahan ‘caller’ raih kritikan warga maya

Penangan kuasa viral, Faiz sampai tak cukup tidur, ramai puji penjual burger meja ke meja iras wajah Wahid Senario ini