Realtime website trackingweb stats

Terkejut diminta hantar ‘barang’ ini ketika 12 tengah malam

Oleh ADINDA

Siapa tidak terkejut ibarat gugur jantung dibuatnya apabila diminta menghantar jenazah ke satu lokasi pada pukul 12 tengah malam?

Itu pengalaman cemas dan meremangkan dialami seorang pemandu teksi e-hailing di Indonesia seperti dikongsinya di platform X.

“Bayangkan pada pukul 12 tengah malam saya dapat pesanan seperti ini,” katanya.

Terkejut diminta hantar 'barang' ini ketika 12 tengah malam

Pemandu itu berkata, pelanggan terbabit meminta agar jenazah tersebut diletakkan di tempat duduk hadapan, bersebelahan dengan pemandu.

Alasan yang diberikan adalah kerana ia kaku.

Dia turut berkongsikan tangkap layar perbualan mesej bersama pelanggan terbabit.

Individu tersebut meminta pertolongan daripada pemandu itu untuk membawa jenazah.

Menerusi perbualan itu, pelanggan berkenaan menjelaskan bahawa dia memesan perkhidmatan e-hailing kerana tiada ambulans untuk menghantar jenazah itu di kawasannya.

Namun, tidak dinyatakan lokasi penghantaran jenazah itu dan keadaan selepas pemandu berkenaan tiba di destinasi.

Baca:

Ibu dedah ada kesan merah di leher, guru lima anak miang luah rasa cinta kepada pelajar sendiri

Elak kena kompaun, jangan buat kesalahan ini menjelang perayaan Aidilfitri

Cuba 6 tips ini untuk bijak berbelanja, nombor 3 tu kalau berlebihan pun duit boleh banyak ‘terbang’