Realtime website trackingweb stats

Terjaga dapat ucapan tahniah bertalu, penyanyi ‘kening terangkat’ ini geli hati didakwa dapat Datuk

Oleh ADINDA

Terjaga dapat ucapan tahniah bertalu, penyanyi ‘kening terangkat’ ini geli hati didakwa dapat Datuk.

Penyanyi terkenal, Ziana Zain memberitahu dia hanya ketawa saat dihujani ucapan tahniah selepas berita dikurniakan gelaran Datuk tersebar di media sosial sejak semalam.

Berasa terhibur dengan situasi yang berlaku, bintang berusia 55 tahun itu menegaskan tidak menerima sebarang tawaran kurniaan pingat apatah lagi bergelar Datuk.

“Saya sedang tidur dan terjaga apabila dihujani mesej daripada rakan-rakan semalam yang mengucapkan tahniah kerana mendapat pingat Datuk.

“Rasa geli hati juga bila ada yang mengusik. Kalau orang lain mungkin marah, tapi saya hanya tergelak,” ujarnya ketika ditemui pada majlis perkongsian mengenai pembedahan Bariatrik oleh Pakar Bedah Perunding dan Pakar Usus dan Bariatrik, Doktor Mustafa Mohammed Taher yang berlangsung di sebuah restoran di Ampang, pada Selasa.

Selain Ziana, turut hadir memeriahkan majlis itu rakan selebriti seperti Ziela Jalil, Lieza Abdullah Khadijah Ibrahim dan Zarina Zainuddin.

Ziana antara yang artis melakukan pembedahan tersebut pada April tahun lalu atas faktor kesihatan.

Tambah Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, dia sama sekali tidak pernah mengejar pangkat itu, tetapi menganggap ia sebagai satu bonus sekiranya terpilih untuk menerima pingat yang membawa gelaran Datuk.

“Kalau ada yang mahu mengurniakan, saya anggap ia rezeki dan satu bonus, tetapi kalau tak dapat pun saya tetap bersyukur.

“Fokus saya adalah mencari duit untuk kelangsungan hidup untuk menyara diri, anak-anak dan kedua-dua ibu bapa,” jelasnya.

Baca:

Makin ramai anak muda derita 29 jenis kanser, ketahui 6 penyebab kes kanser naik mendadak

Sharnaaz bengang sistem bida nombor plate JPJ, dedah punca mengapa orang biasa dapat harga mahal

Dapat banglo hampir setengah juta ringgit, ini rezeki juara tilawah al-Quran antarabangsa