Realtime website trackingweb stats

Teringin Brownies berperisa matcha? Ikuti resipi mudah viral di Tik Tok

Oleh NUR KASIH

Mari kita cuba resipi dari TikTok yang sedang popular iaitu Matcha Brownies ini.

Versi brownies ini menggabungkan kek coklat dengan serbuk matcha, yang merupakan serbuk teh hijau Jepun yang dikisar halus.

Ia mempunyai rasa yang unik yang diperkenalkan oleh kehadiran matcha, memberikan keenakan teh hijau yang kaya kepada brownies.

Teringin Brownies berperisa matcha? Ikuti resipi mudah viral di Tik Tok

Biasanya, matcha brownies mempunyai warna hijau yang menarik dan kepekatan rasa yang berbeza daripada brownies biasa.

Kekacang atau coklat juga boleh ditambahkan untuk menambah lagi keunikan dan kesedapan kepada hidangan ini.

Bahan-bahan:

  • 120g coklat putih
  • 60g mentega tanpa garam
  • 50g gula perang
  • 50g gula kastera
  • 1 biji telur besar
  • 1 sudu teh vanilla
  • 120g tepung
  • 12g serbuk matcha
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • Potongan coklat putih/biji-bijian (optional)

Cara-cara penyediaan:

1. Tuangkan tepung, serbuk matcha, dan baking powder ke dalam mangkuk.

2. Gunakan kaedah double boil untuk mencairkan coklat putih dan mentega.

Anda juga boleh menggunakan kaedah memanaskan dalam microwave.

3. Seterusnya, pukul gula kastor, gula perang, esen vanila, dan telur selama 5 minit sehingga adunan menjadi gebu sedikit.

4. Kemudian, masukkan tepung yang telah kita tuangkan tadi ke dalam adunan.

5. Gaul adunan menggunakan spatula sahaja, elakkan daripada menggunakan pengacau tangan untuk mengelakkan kehilangan kepekatan adunan.

Pastikan adunan digaul rata tanpa memukul terlalu lama.

6. Bakar dalam suhu 150 atau 160 selama 25 minit.

Suhu untuk membakar mungkin berbeza mengikut jenis oven masing-masing.

Selamat mencuba.

Baca:

Kecoh kejatuhan ringgit menjunam tinggi ke paras RM6.24 sen, seberapa jauh kesahihan itu?

Norreen sudah berubah, jual baju seksinya kepada wanita bukan Islam sahaja

Dikatakan sokong zionis, netizen kini boikot Family Mart