Terima vaksin dapat ganjaran promosi

Oleh ADINDA

Senarai Promosi Yang Boleh Anda Tebus Jika Sudah Terima Vaksin.

Bagi menggalakkan orang ramai yakin dan memberi kerjasama untuk mencapai kelompok imuniti, banyak negara sudah menjalankan inisiatif kepada rakyatnya agar berdaftar untuk mendapatkan vaksin.

Misalnya, negara Thailand di beberapa wilayahnya ada menawarkan pelbagai hadiah daripada perhiasan emas sehingga anak lembu sebagai cabutan bertuah kepada mereka yang berdaftar untuk menerima vaksin.

 

Di sini tidak kurang juga kerajaan sedang mempergiatkan program vaksinasi negara. Sebagai menyokong usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebagai negara bebas COVID-19, pelbagai promosi yang ditawarkan kepada individu yang sudah menerima suntikan vaksin.

Anda hanya perlu tunjuk kad atau status sudah divaksin di aplikasi MySejahtera, boleh menebus promosi yang ditawarkan oleh pelbagai F&B yang disenarai ini.

1. myBurgerLab

Rakyat Malaysia yang sudah menerima vaksin boleh menebus baucar sebanyak RM10 melalui aplikasi myBurgerLab di Google Play atau App Store.

Boleh lihat lebih lanjut mengenai promosi ini dibawah.

2. llaollao

Promosi Makanan Terima Vaksin

Yogurt sejuk beku kegemaran ramai ini juga menawarkan diskaun istimewa! Dapatkan diskaun 15 peratus untuk satu pembelian di kiosk mereka. Tawaran sah bermula 26 May hingga 31 Ogos 2021.

3. Jibril

Promosi Makanan Terima Vaksin

Terkenal dengan salted egg butter chicken, Jibril menawarkan menu ini kepada penggemar secara percuma. Juga boleh ditebus di cawangan Mona by Jibril.

4. Temerloh Catering

Promosi Makanan Terima Vaksin

Dapatkan Set Patin Tempoyak Kecil hanya dengan RM7 di Temerloh Catering. Promosi ini sah sehingga 30 Jun dengan hanya walk-in ke restoran Temerloh Catering di Seksyen 15 Shah Alam.

5. Peekaboo Cafe

Promosi Makanan Terima Vaksin

Dapatkan percuma satu kepingan kek keju dari Peekaboo Cafe. Hanya tunjukkan status vaksinasi MySejahtera anda untuk menebus.

6. Churittos Fresh Mex

Promosi Makanan Terima Vaksin

Dapatkan set Mojito dan Soft Taco secara percuma dari Churritos Fresh Mex di cawangan Publika atau SS15.

7. The Brew Crew

Promosi Makanan Terima Vaksin

Minuman kopi premium dengan separuh harga di The Brew Crew. Hanya tunjukkan kad vaksinasi anda dan nikmati 50% diskaun untuk satu minuman. Tawaran ini terhad sehingga 30 Jun sahaja.

Sumber: Vulcan Post