Realtime website trackingweb stats

‘Terima kasih untuk segalanya’ Akhirnya Cik Epal sahkan dah bercerai dengan Jofliam

Oleh HADI KAMARUDIN

Teka-teki mengenai status rumah tangga pasangan pempengaruh media sosial terkenal,

Cik Epal dan Jofliam, akhirnya terjawab apabila mereka sah bercerai.

Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Cik Epal, yang nama sebenarnya Murni Mahmud, melalui satu hantaran di Instagram sebentar tadi.

Menurut Cik Epal, jodohnya dengan Jofliam, atau Jofni Abu Bakar, yang juga seorang usahawan, berakhir selepas 10 tahun bersama.

“Sepuluh tahun hidup bersama. Sudah tertulis jodoh sampai di sini sahaja.

'Terima kasih untuk segalanya' Akhirnya Cik Epal sahkan dah bercerai dengan Jofliam

Aku sah bercerai dengan dia atas izin-Nya.

“Di dunia ini tiada apa yang menjadi milik kita. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah tahu apa yang terbaik,” kongsinya.

Walau bagaimanapun, dia mengucapkan terima kasih di atas segalanya dan menganggap setiap perkara yang berlaku pasti mempunyai hikmah.

“Terima kasih untuk segalanya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

“Walaupun akhirnya tak bersama, itu tak bermakna semua kenangan itu sia-sia,” ujar Cik Epal lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna Instagram memberikan kata-kata semangat kepada @cikepal06.

Mereka juga meminta Cik Epal untuk terus kuat dan tabah dalam mengharungi ujian kehidupan.

BACA: ‘Tunggu Ja, dia akan jadi kegilaan wanita semula nanti’ Wanita bangga dapat bergambar bersama Fattah Amin