Orang ramai perlu berpada-pada membenci sekali pun apabila meluahkan isi hati di media sosial.
Setiap daripada kita juga perlu mengasah kecerdasan emosi (EQ) agar berfikir dahulu sebelum ‘posting’. Jika, tidak buruk padahnya.
Itu yang berlaku pada seorang wanita yang menganggap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah keluar dari agama Islam atau murtad.
Entah apa yang dibencinya sangat kepada suami Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu tidak tahulah.
Akibatnya, cercaan serius melibatkan akidah itu tular di media sosial sehinggakan warganet menyelongkar maklumat siapa dia sebenarnya yang tegar mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Menerusi komentarnya, ejen sebuah syarikat insurans itu mempersoal wajah Menteri Kewangan berkenaan sebagai “tiada air muka cahaya ketenangan”.
Pengguna Facebook atas akaun Fatin Fatimah Humaira Al-attas itu juga mengakui otaknya serabut melihat wajah Perdana Menteri.
“Kenapa tengok PMX ni langsung tiada air muka cahaya ketenangan. Lagi tengok lagi serabut otak ni,” tulisnya dalam satu komentar di TikTok.
Walaupun wanita itu dinasihatkan untuk melakukan sembahyang taubat oleh netizen lain, dia dilihat masih selamba menabur fitnah.
“Takkan ada ketenangan kalau tengok muka orang murtad.
“Akan tenang tengok muka alim ulama dan baca al-Quran,” tulisnya lagi yang terbabas dari landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).
Rata-rata warganet terkejut dengan sikap melampau penyokong pembangkang itu yang menyamai perangai puak Khawarij, iaitu kelompok pada abad pertama hijrah yang mengkafirkan golongan yang tidak sealiran dengannya.
“Kutip (ditangkap polis), jangan tak kutip, Mulut tak reti nak jaga. Seorang yang telah diberi mandat mengislamkan orang, dituduh murtad. Ia adalah satu fitnah yang amat besar,” kata netizen.
Bulan lalu, Perdana Menteri berkesempatan memimpin syahadah seorang lelaki memeluk Islam selepas menunaikan solat dan menyampaikan khutbah Jumaat di masjid Pusat Kebudayaan Islam New York (ICCNY).
Ketika Perdana Menteri beredar sambil bersalaman dengan jemaah selepas menyampaikan sumbangan al-Quran daripada kerajaan kepada masjid, pengacara majlis memaklumkan seorang lelaki dikenali sebagai Andrew Vinals mahu memeluk Islam dan memintanya tampil.
Kemudian seorang pegawai masjid dilihat menjemput Anwar sambil pengacara majlis mengumumkan Perdana Menteri akan menyempurnakan pengislaman lelaki berkenaan.
Menurut pegawai media daripada Pejabat Perdana Menteri, majlis itu adalah secara kebetulan dan tiada dalam atur cara rasmi.
Sebelum itu, pada Ogos lepas, Anwar mengajar ucapan kalimah syahadah kepada seorang lelaki berusia 27 tahun di Masjid Ar-Rahimiah, Klang selepas beliau menunaikan solat Jumaat.
Pemuda warganegara Malaysia berkenaan dikenali sebagai Muhamad Anwar Karthiban selepas memeluk Islam.
Fenomena Khawarij dan takfiri dalam era kerajaan Madani mutakhir ini dilihat semakin berleluasa dilakukan sebahagian masyarakat terutamanya penyokong tegar pembangkang.
Pentaasub terbabit tidak terkecuali warga emas bahkan meninggalkan komen berbaur fitnah dan mengaibkan di media sosial selain selamba ‘bermain’ isu 3R (agama, kaum, diraja).
Sentimen politik kebencian yang ditanam pemimpin blok pembangkang juga dilihat mempengaruhi penyokong mereka untuk bersikap ekstrem termasuk tergamak mencadangkan santau ke atas Perdana Menteri.
Baca:
“Aku dah kaya tak perlu duit lelaki” – Ruhainies jawab tuduhan hanya kejar lelaki kaya
Siap ada grup Telegram tapi semua ahli ‘hantu’, cara licik ‘scammer’ ini mungkin ramai tak sangka