Realtime website trackingweb stats

“Tergamak Shila herdik mak dengan kata-kata kesat, Allahuakbar” – Ibu Shila Amzah

Oleh NURAIMAN

Ibu penyanyi Shila Amzah, Fauziah Sarman, menegaskan bahawa dia tidak pernah menghalang anaknya daripada menjual rumah pusaka.

Janji Shila pada mak.

Fauziah menyedari bahawa rumah itu adalah milik Shila, dan dia mengakui bahawa penyanyi tersebut berhak untuk melakukan apa-apa yang diinginkannya.

Walau bagaimanapun, Fauziah menegaskan bahawa Shila, atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, sebelum ini telah berjanji bahawa dia akan membenarkan Fauziah untuk tinggal di rumah itu selama-lamanya.

“Mak tidak pernah bantah andainya ‘rumah keluarga’ yang dilabel sendiri oleh Nurshahila sebagai ‘rumah pusaka’ untuk dijual kerana mak sedar diri, rumah itu atas nama anak emak yang popular.

Tak perlu mengingatkan mak berkali-kali tentang itu kerana terserah untuk Nurshahila buat apa sahaja kerana ya rumah ini atas nama Nurshahila.

"Tergamak Shila herdik mak dengan kata-kata kesat, Allahuakbar" - Ibu Shila Amzah

Walaupun tahun lepas ketika abah lari, Nurshahila pernah cakap mujur rumah ni atas nama Shila, biarlah kekal jadi rumah pusaka, mak tinggal sampai bila-bila, jangan kisah abah tak ada, orang boleh sara mak. Ini janji Shila pada mak.”

Dalam pada itu, Fauziah turut mendakwa Shila telah mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya disebabkan perbalahan yang berlaku berhubung isu rumah pusaka.

Sementara itu, Fauziah juga mendakwa bahawa Shila telah menggunakan perkataan yang kesat terhadapnya ketika perselisihan yang timbul berkaitan isu rumah pusaka.

“Disebabkan rumah pusaka ni juga tergamak Shila mengeluarkan kata-kata kesat pada mak, tak tergamak mak nak tulis kata-kata itu. Allahuakhbar. Ya benar memang Shila tak halau mak tapi kata-kata Shila mak faham.”

Ubai cuci kaki?

"Tergamak Shila herdik mak dengan kata-kata kesat, Allahuakbar" - Ibu Shila Amzah

Pada masa yang sama, Fauziah mengakui bahawa dia terkilan oleh kelakuan seseorang yang sebelum ini dianggap sebagai anaknya, namun kini bersikap kurang sopan terhadapnya selepas memiliki Shila.

“Untuk ‘orang luar’ yang pernah mak tatang bagaikan anak sendiri, terima kasih melayan mak begini. Untuk ‘orang luar’ yang baru memiliki Nurshahila terima kasih membuat kesimpulan yang hanya memenangkan diri kalian.

Kita tiada beza, awak juga cuci kaki masuk rumah. Hati mak memang sudah dikisar halus. Mak bersuara demi maruah mak. Banyak rahsia yang mak simpan sorok selama ini demi namamu sebagai bintang popular.”

Namun, berdasarkan pemerhatian oleh OhBulan!, Fauziah telah mengambil langkah untuk memadamkan hantaran tersebut hanya beberapa minit selepas dimuat naik.

Baca:

Kerajaan sediakan garis panduan, penyediaan tapak pengecas EV, sasar 10,000 unit menjelang 2025

Peliknya adat kahwin Kazakhstan, aktor ini cerita bagaimana ‘kejantanan’ beliau diuji

Bukan Shila Amzah sahaja, ada 5 lagi pergaduhan adik beradik, termasuk keluarga diraja pun ada