Realtime website trackingweb stats

Tentera minta padam semua video sebelum bunyi dentuman kuat, Zizi Kirana kongsi detik hampir syahid di Syria

Oleh FATIN AQILAH

Penyanyi Zizi Kirana, nama sebenar Nur Fazelah Mad Tahil, 39, berkongsi pengalaman mendebarkan ketika menghadapi dua insiden pengeboman semasa menjalankan misi bantuan kemanusiaan di wilayah Azaz, Syria pada akhir Mac lalu.

Pengalaman menakutkan ini berlaku ketika Zizi bersama empat individu lain berada di Syria untuk misi tersebut, yang juga melibatkan kakitangan pertubuhan Cinta Syria Malaysia.

Menurut Zizi, kejadian letupan bom yang membunuh lapan orang dan mencederakan 40 orang itu berlaku ketika dia bersama rakan-rakannya dibawa ke pangkalan tentera Syria oleh askar tempatan dan Turkiye untuk disoal siasat.

Semasa di pangkalan, mereka terdengar bunyi letupan kuat sebelum diarahkan oleh tentera untuk berlindung di bilik bawah tanah.

““Sebelum kejadian, saya merakam video sekitar kawasan pasar di Azaz kerana itu satu-satunya pasar yang ada di wilayah terbabit. Kemudian, tentera Syria mendatangi kami dan meminta agar memadam semua video yang telah diambil,” katanya. Setelah berpuas hati video tersebut dipadamkan, mereka dilepaskan dan meneruskan usaha membeli makanan untuk agihan bantuan.

Tentera minta padam semua video sebelum bunyi dentuman kuat, Zizi Kirana kongsi detik hampir syahid di Syria

Peristiwa mendebarkan ini terjadi pada malam pertama Zizi tiba di Syria bersama seorang rakan, dua kakitangan organisasi Cinta Syria Malaysia, dan seorang juruvideo.

Mereka berada di situ untuk mendapatkan bekalan makanan selepas menyelesaikan misi bantuan pada siang hari.

Zizi menjelaskan bagaimana kejadian itu menakutkan keluarganya, terutama suaminya, aktor Yusuf Bahrin, yang ketika itu berada di Mekah.

“Ketika kejadian, saya sempat memaklumkan kepada suami dan meminta maaf agar dihalalkan makan dan minum. Sekiranya saya syahid pada waktu itu, tolong maafkan segala salah silap saya,” ujarnya.

Perasaan Zizi pada masa itu hanya Tuhan yang tahu, apabila bunyi letupan yang kuat itu kedengaran dan gegarannya terasa sampai ke jantung.

“Apa yang saya boleh buat hanya berdoa dan berserah kepada Allah agar diberi perlindungan dan reda dengan segala kemungkinan yang akan berlaku,” tambahnya.

Zizi dan rakan-rakan diletakkan dalam bilik bawah tanah di kem tentera itu lebih kurang satu jam sebelum mereka dibenarkan balik ke pejabat organisasi Cinta Syria Malaysia dengan van.

Selepas serangan mula reda, Zizi dan pasukannya meneruskan misi bantuan kemanusiaan selama enam hari di Syria.

Pengalaman Zizi di sana menunjukkan keberaniannya dalam melakukan misi kemanusiaan dan mengingatkan kita tentang kepentingan misi seperti ini dalam membantu orang yang memerlukan di kawasan konflik.

Baca:

Arab Saudi anjur acara ‘swimsuit’, dedah sana sini, dunia semakin tenat!

Kes dera: Siti Bainun tarik balik gantung pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun

Kawan gelar Yuna hilang akal hanya sebab tegas dengan pendirian?