Bagi mereka yang sedang merancang untuk membeli kediaman, informasi yang dikongsi oleh Fahimah Mahayudin mengenai saiz rumah boleh dijadikan panduan penting.
Ini penting untuk memastikan kita tidak tersilap dalam memilih kediaman.
Kadangkala, apabila melihat saiz beratus-ratus kaki persegi dalam risalah
atau mendengar penerangan daripada pemaju, kita mungkin menganggap ia luas, padahal sebenarnya sangat kecil dan mungkin tidak sesuai untuk keluarga.
Berikut adalah perkongsian beliau berdasarkan pengalaman dalam bidang pembinaan dan hartanah:
Bulan lepas, seorang pembeli berkongsi cerita dengan saya bahawa dia telah tersilap membeli rumah. Bukan rumah yang di bawah ni, tetapi masa dia beli rumah tersebut masih dalam pembinaan dan tiada rumah contoh untuk dilihat.
Dia hanya melihat pelan rumah yang nampak besar dan luas, lalu membuat tempahan untuk membeli. Namun, apabila rumah siap, dia terkejut kerana saiznya ternyata kecil. Parking hanya muat untuk satu kereta sahaja.
Apabila saya tanya mengenai lebar rumah, dia kata 18 kaki. Untuk saiz 18 kaki, memang hanya muat satu kereta sahaja untuk parkir, kecuali mungkin kereta kecil yang boleh muat dua. Itu pun bergantung pada pagar yang diberikan oleh pemaju, belum termasuk renovasi atau perubahan pagar.
Selalunya, apabila kita melihat model atau pelan rumah tanpa pengalaman, kita akan menganggap saiznya memadai.
Jadi, saya rasa penting untuk menulis tentang saiz rumah yang biasanya dijual di Malaysia dan bagaimana mengkategori rumah itu sebagai besar atau kecil.
Selain melihat jumlah bilik tidur dan bilik air, ada faktor lain yang perlu dipertimbangkan dalam menentukan saiz sebuah rumah, seperti saiz tanah (untuk rumah landed) dan saiz binaan (untuk rumah landed atau apartmen).
BACA: Elektrik jimat, rumah pun sejuk, kalau ikut cara ini di musim panas, tak perlu pasang aircond