Tengah makan burger teringat darah mengalir, boikot francais si pengganas sebenarnya berkesan

Oleh ADINDA

Ada yang mengakui tengah makan burger dan minum kopi daripada francais si pengganas itu tiba-tiba teringat darah rakyat Palestin yang mengalir.

Mana tidaknya, hanya dalam tempoh 24 hari mengganas, lebih 8,000 nyawa mereka di Gaza dan Tebing Barat terkorban dibedil senjata penjenayah perang.

Walaupun kita tidak mampu mengangkat senjata melawan satu bangsa terkutuk yang memang terkenal membunuh banyak nabi utusan Allah itu, usaha boikot terhadap restoran ‘fast food’ dan kedai kopi berkaitan Israel sebenarnya berkesan.

Ikuti kupasan ZOR MOHAMED ini yang berkongsikan pengalaman seorang pemilik francais yang ‘trauma’ dengan kempen boikot ini:

“Betul ke boikot ni boleh lumpuhkan ekonomi sesuatu bisnes tersebut?

Jom kita buat kiraan secara kasar. Paling mudah isu boikot Mekdi.

Tahun 2014. Saya sendiri pernah berjumpa dengan salah seorang owner franchise Mekdi di Kota Bharu.

Mekdi bandar. Sekarang dah memang tutup.

Tengah makan burger teringat darah mengalir, boikot francais si pengganas sebenarnya berkesan

Owner ni sendiri beritahu. Bila isu boikot berlaku secara berterusan. Memang dia bermasalah.

Masalah apa? Nak tampung kos sewa, gaji pekerja. End up bungkus ikat mati.

Sekarang kita buat kiraan. Mekdi seluruh Malaysia, anggaran ada sekitar 300 cawangan.

Andaikan sehari mereka kehilangan jualan sebanyak RM5,000 untuk satu cawangan.

Jika darab dengan 300 cawangan, mereka hilang jualan sebanyak RM1.5 juta. Itu sehari ye.

Tengah makan burger teringat darah mengalir, boikot francais si pengganas sebenarnya berkesan

Bayangkan 30 hari. RM1.5 juta x 30 hari. Hilang potensi jualan mencecah RM45 juta.

Sikit ke banyak? Jadi, bila berlaku isu boikot ni. Mekdi takut ke?

Sangat takut sebenarnya… Sebab itulah mereka terpaksa keluarkan pelbagai kenyataan untuk cover up.

Tengah makan burger teringat darah mengalir, boikot francais si pengganas sebenarnya berkesan

Sebab isu boikot ni, mereka pernah alami 10 tahun yang lepas. Mereka tahu kuasa boikot ni boleh buat mereka hilang banyak perkara.

Jadi terpulang pada anda.”

Baca:

Panadol itu hanya jenama paracetamol, sama macam mi segera yang selalu disebut ‘megi’

Telan bawang putih saja rupanya, ini petua ‘rare’ hilangkan sakit kaki dan buang angin

Tak sangka 90% hasil sumbangan kena rembat, lelaki ini bagi tips elak sedekah kepada scammer