Realtime website trackingweb stats

Temui serpihan tombak pada tubuh ikan paus, pakar percaya usia Mamalia ini lebih 130 tahun

Oleh SHAZLIN AZIZ

Satu spesies paus yang ditemui di luar pantai Alaska dipercayai merupakan mamalia tertua yang masih hidup di dunia, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Pada tahun 2007, sekumpulan pemburu paus telah menangkap mamalia tersebut, yang turut mempunyai serpihan tombak pada lehernya.

Serpihan tombak itu bertarikh sekitar 1880-an, menunjukkan bahawa paus tersebut berusia kira-kira 130 tahun.

Kini, ahli biologi percaya bahawa ikan paus bowhead ini adalah mamalia tertua yang masih hidup di dunia, dengan jangka hayat purata mencapai 200 tahun.

Paus Bowhead adalah spesies yang terancam dan kini terdapat kira-kira 8,000 hingga 12,000 ekor yang masih hidup.

Temui serpihan tombak pada tubuh ikan paus, pakar percaya usia Mamalia ini lebih 130 tahun

Spesies ini mengembara dalam kawanan kecil dan melahirkan anak seberat 6,000 kilogram semasa kelahiran. Musuh utama mereka adalah manusia dan paus orca.

Paus bowhead ini juga mempunyai tulang berombak dan lapisan lemak setebal 30 sentimeter untuk melindungi dirinya daripada perairan Artik yang beku.

Lapisan lemak ini membantu memanaskan tubuh paus serta bertindak sebagai pelindung terhadap serangan tombak.

Secara purata, paus bowhead betina adalah lebih besar daripada jantan, dengan panjang kira-kira 17.9 meter dan berat 80 tan metrik. Panjang purata paus jantan adalah sekitar 15.8 meter.

BACA: Alif Teega tenang urus perniagaan sambil diuji dengan tuntutan cerai undang perhatian netizen