Tempah meja makan RM1,000, alih-alih tuan kedai minta pakai pelikat, rupanya ini cerita sebenar.

Oleh ADINDA

Tempah meja makan RM1,000, alih-alih tuan kedai minta pakai pelikat, rupanya ini cerita sebenar. Sekumpulan pelanggan terpaksa akur setelah diminta mengenakan kain sarung disebabkan melanggar etika berpakaian di sebuah restoran di Kuala Lumpur.

Menurut laporan China Press, individu bernama Ye difahamkan telah membelanjakan lebih RM1,000 untuk menempah tempat bagi menjamu selera di restoran itu bersama keluarganya.

Setibanya di sana, Ye berkata rakan dan bapanya tidak dibenarkan masuk ke restoran kerana mengenakan seluar pendek paras lutut dan diminta memakai kain sarung.

Baca Artikel Penuh