Realtime website trackingweb stats

Tempah maut! Kanak-kanak dibiar tergantung pada trak sedang berjalan

Oleh ADINDA

Santo Domingo, Dominican Republic: Rakaman tular menunjukkan kanak-kanak kecil tergantung di pintu berpalang kenderaan imigresen Dominican Republic sambil dipegang tahanan, mencetuskan kemarahan penduduk negara itu.

Kejadian dilapor berlaku di ibu negara itu, Sabtu lalu ketika kenderaan itu sedang bergerak, manakala seorang petugas imigresen duduk di platform belakang bersebelahan kanak-kanak itu dilihat hanya bercakap dengan tangannya diletakkan pada bahu kanak-kanak.

Dalam kenyataan dikeluarkan, pengarah migrasi negara Venancio Alcántara menggambarkan insiden itu sebagai “kejadian yang membimbangkan dan menyayat hati.”

Agensi migrasi pada Isnin berkata, ejen yang berada di belakang trak ketika kejadian itu sudah dipecat, dengan lelaki itu hanya bertugas selama 20 hari, lapor CNN.

Ibu kanak-kanak terbabit iaitu wanita berbangsa Haiti pula sudah dibebaskan daripada tahanan.