Realtime website trackingweb stats

Telan bawang putih saja rupanya, ini petua ‘rare’ hilangkan sakit kaki dan buang angin

Oleh SHAZLIN AZIZ

Rupanya bermacam jenis penyakit dapat dirawat dengan hanya telan bawang putih. Bahan dalam masakan harian itu terbukti membantu dalam membunuh parasit.

Jenis bawang dengan nama saintifik Allium Sativum itu juga boleh memperbaiki sistem penghadaman dan pernafasan.

Bagi yang ingin mencuba petua menggunakan bawang putih, apa kata cuba petua yang dikongsikan oleh SITI RAUDZAH:

Bawang putih boleh membantu kita untuk hilangkan sakit kaki apabila bangun tidur.

Sudah tiga hari saya amalkan makan tiga biji bawang putih bakar ini setiap pagi sebelum sarapan.

Masalah sakit kaki apabila bangun daripada tidur yang saya hadapi sudah pulih sekarang.

Telan bawang putih saja rupanya, ini petua 'rare' hilangkan sakit kaki dan buang angin

Kalau tidak sebelum ini, nak pijak lantai apabila bangun tidur memang sakit. Kena jalan perlahan-lahan dahulu baru rasa lega.

Tapi sekarang bangun sahaja, terus boleh jalan laju. Petua ini diberi oleh seorang rakan, hampir setahun dia amalkan. Badannya juga saya tengok cantik, perut kempis sahaja.

Banyak lagi khasiat lain bawang putih.

Segala angin dalam badan dapat diatasi. Kebaikannya untuk seluruh badan. Apa yang saya tahu, bawang putih ini dapat mencegah sel-sel kanser.

Cara-caranya:

Ambil tiga ulas bawang putih dan bakar dengan kulit sekali dalam tiga minit dengan api yang kecil.

Selepas itu makan terus isinya sahaja. Makanlah hari-hari untuk kesihatan kita.

Selamat mencuba!

Baca:

3 selebriti global ini lantang bersuara walau dicop anti-Semitik

Dahsyat grafik kempen boikot di Turki ini, rupanya Starbucks terang-terang sokong pengganas dunia

9 aksesori dan gajet kereta paling popular dibeli oleh pengguna, setiap kereta wajib ada