Taufu fah ‘homemade’ yang lembut dan sedap merupakan pilihan yang sangat sesuai untuk disediakan pada waktu bila-bila masa sahaja.
Dengan resepi yang mudah diikuti dan bahan-bahan yang mudah diperoleh, tahu fah ini menawarkan alternatif yang sedap untuk dimakan.
Rupanya mudah sahaja untuk membuatnya. Hanya ikut cara-cara di bawah:
Bahan – bahan:
• 4 cawan air
• 6 gram agar agar tali
• 2 kotak besar soya
• 1 keping gula melaka
• 2 sudu gula putih
• 1 helai daun pandan
• 1 hiris halia
Cara – cara:
1. Panaskan satu cawan air sehingga mendidih, kemudian tambahkan agar-agar yang telah dipotong.
Setelah agar-agar larut, masukkan air soya dari kotak besar.
Biarkan campuran mendidih.
2. Tutup api dan tuangkan campuran ke dalam bekas.
Simpan dalam peti sejuk selama dua jam.
3. Masukkan tiga cawan air ke dalam periuk bersama gula melaka, gula pasir, daun pandan, dan halia.
4. Setelah gula larut dan campuran mendidih, saring campuran tersebut.
5. Ketika dihidangkan, tuangkan campuran agar-agar ke dalam senduk, kemudian tuangkan air gula melaka di atasnya.
Siap untuk dinikmati!
Kredit resepi: Intan Mazura Masri
Baca:
Dibawa ombak sejauh 16KM, jasad mangsa lemas ditemui selepas 30 jam pencarian
Penampilan ‘glamourous’ Cik B dikelilingi 10 penjaga curi perhatian netizen
Saiz hampir sama buat ramai pening, kenyataan dapat bezakan segmen A, B, C & D proton S70