Realtime website trackingweb stats

Tanam anggur depan rumah saja, ketahui pokok buah apa lagi ditanam wanita ini

Oleh ADINDA

Tanam anggur depan rumah saja, ketahui pokok buah apa lagi ditanam wanita ini.

Bermula dengan hanya sekadar suka-suka, kini tanaman anggur yang diusahakan seorang surirumah di halaman rumahnya di Taman Belimbing, Jalan Tanjung Bendahara di sini membuahkan hasil yang banyak.

Nordiana Yaacob, 52, berkata, kini tanaman anggur jenis green leaf yang berasal dari Vietnam itu sudah dua kali mengeluarkan buah sejak pokok anggur itu ditanam tiga tahun lalu.

Katanya, pada mulanya dia membeli benih pokok anggur itu dan mencuba nasib untuk menanamnya di halaman rumah kerana bimbang perubahan cuaca akan membantutkan pokok.

“Namun, tak sangka pokok anggur ini tumbuh menjalar di keliling bumbung rumah dan mula mengeluarkan buah musim pertama dua tahun lalu.

“Ini hasil keluaran kali kedua, tetapi lebih banyak dari hasil pertama.

“Rasa buah ini masam dan manis sama seperti yang dijual di pasaran dan tak rugi rasanya saya memanfaatkan tanaman anggur ini di rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Nordiana berkata, penjagaan pokok anggur ini sangat mudah dan tidak serumit tanaman lain yang perlu dipantau sepanjang masa.

Katanya, adakalanya dia terlupa menjirus air pada pokok namun tanaman tidak rosak malah masih mampu mengeluarkan buah yang banyak.

“Cuma saya perlu buang ranting, dahan serta daun yang rosak untuk memudahkan tumbuhan anggur itu menjalar,” katanya.

Nordiana berkata, dalam tempoh 100 hari, buah anggur sudah boleh dipetik dan dimakan.

Katanya, bukan saja anggur malah dia turut menanam pokok mempelam harumanis serta cokkanan dan pokok durian musang king di hadapan rumahnya.

“Banyak lagi tanaman lain seperti pokok belimbing buluh, limau nipis turut ditanam di halaman rumah.

“Nak tanam tanaman apa pun boleh tapi perlu ada semangat kerajinan dan usaha sebelum memperoleh sebarang hasil,” katanya.

Baca:

Untunglah wajah iras Siti Nurhaliza, ibu dua anak ini sudah lali jadi perhatian di khalayak ramai

Benda boleh bertumbuk kenapa nak serah elok-elok, pemuda ini dapat ‘hadiah’ sejurus bangun tidur

Fenomena air Sungai Pahang surut lebih teruk dari 1996, ramai alami kerugian