Johan ‘Jojo’ Ghazali adalah petinju muda muay thai yang dihormati oleh kawan dan lawan.
Pada 6 September ini, Johan akan kembali beraksi di gelanggang ONE 168:
Denver untuk bertarung menentang petinju dari Mexico, Josue ‘Tuzo’ Cruz.
Dalam temu ramah untuk perlawanan akan datang, Johan tampil bergaya dengan sepasang baju melayu lengkap dari jenama tempatan terkenal, Bulan Bintang.
Melalui hantaran di Instagram, ramai yang memuji Johan kerana membawa pakaian tradisional Malaysia ke pentas antarabangsa.
Netizen turut mengucapkan selamat berjaya kepada Johan dalam usaha meraih kemenangan ke atas lawannya.
Sebagai rekod, sejak menyertai ONE Championship, Johan tidak pernah kalah dalam lima pertarungan.
Namun, beliau tewas kepada Nguyen Tran Duy Trat, seorang petinju berpengalaman dari Vietnam, selepas tiga pusingan dalam pertarungan yang berlangsung pada awal Jun lalu.
BACA: Belanja sehari RM6.00, ejen hartanah ini buktikan mampu miliki rumah mewah diusia 37 tahun