Assalamualaikum. Saya baru sahaja terbaca status ini dan banyak nasihat yang diberikan ternyata salah,
terutamanya tentang penggunaan water repellant pada cermin sisi.
Saya akan jelaskan sebabnya.
Water repellant akan menjadikan air berbutir-butir seperti manik.
Ini berfungsi dengan baik pada cermin depan, cermin belakang, dan cermin tingkap kerana butiran air tersebut akan dilap oleh wiper atau dihembus oleh angin.
Namun, pada side mirror, proses ini tidak berlaku dengan efektif. Kenapa?
Pertama, pada permukaan side mirror, angin tidak melaluinya. Reka bentuk side mirror biasanya berada dalam housing, terlindung dari angin di atas, bawah, kiri, dan kanan.
Reka bentuk ini bukan sahaja untuk mengelakkan percikan air tetapi juga menghalang angin. Tanpa tiupan angin, air yang membentuk manik tidak akan jatuh sehingga cukup besar. Oleh kerana housing direka untuk menghalang percikan, air tersebut lambat untuk membesar.
Manik-manik air ini akan menyukarkan kita untuk melihat imej dalam side mirror. Ia akan membentuk permukaan yang dipenuhi dengan banyak pemantul kecil, menjadikan imej semakin kabur.
Jadi, gunakan water repellant pada cermin depan, belakang, dan tingkap, tetapi elakkan daripada menggunakan water repellant pada side mirror.
Apa yang boleh digunakan pada side mirror untuk memastikan pandangan lebih jelas semasa hujan? Gunakan “water attractor”. Istilah sebenar adalah “bahan hidrophilic”. Water repellant adalah “bahan hidrophobic”.
Hidrophobic = tak suka air Hidrophilic = suka air
Bahan hidrophilic ini boleh didapati dalam bentuk semburan atau filem plastik seperti tinted film. Ia ada yang jernih dan ada yang berwarna.
Fungsi bahan hidrophilic adalah ia akan menyebabkan air melekat dengan sekata pada permukaan cermin, seolah-olah membentuk lapisan plastik jernih yang nipis. Lapisan ini tidak akan membias imej dalam side mirror.
Elakkan menggunakan bahan hidrophilic pada cermin tingkap pemandu dan penumpang depan kerana apabila angin bertiup (disebabkan pergerakan kereta), lapisan nipis air tadi akan berkedut dan mengganggu pemandangan.
TLDR:
Jangan gunakan water repellant (bahan hidrophobic) pada side mirror. Guna bahan hidrophilic.
Bahan hidrophilic boleh didapati dalam bentuk cecair atau filem plastik untuk ditampal pada side mirror. Anda boleh mencarinya secara dalam talian juga.
Jangan gunakan bahan hidrophilic pada cermin hadapan dan cermin tingkap. Gunakan water repellant untuk bahagian ini.
Jangan gunakan water repellant pada lampu, lampu depan, lampu signal, atau lampu belakang. Water repellant boleh merosakkan lapisan pada lampu, menyebabkan lampu depan menjadi kabur dan kuning.
Sekian, terima kasih.
Kredit Facebook, Shamsinor Zaman
BACA: Ramai ambil mudah notis ‘No Pork No Lard’, bekas Mufti terpaksa tampil beri penjelasan