Realtime website trackingweb stats

Tambah bahan ini ketika menggoreng, confirm kerepek pisang jadi rangup dan berlemak

Oleh FATIN AQILAH

Kepada sesiapa yang gemar makan kerepek pisang, pasti akan habiskan satu balang tanpa ragu.

Siapa yang akan tolak dengan kerepek pisang yang rangup, rasa masin dan berlemak kan?

Tak terlalu masin dan tidak terlalu tawar.

Tambah bahan ini ketika menggoreng, confirm kerepek pisang jadi rangup dan berlemak

Dalam artikel ini, Khaula Anis berkongsi bahawa untuk membuat kerepek seperti ini, tidak perlu menambah garam, cukup tambahkan mentega semasa menggoreng.

Warnanya juga cantik tanpa perlu menggunakan serbuk kunyit.

Untuk membuat kerepek pisang yang rangup, cukup dengan menambahkan garam secukupnya dan menggunakan minyak yang berlemak, ada cara dan rahsianya tersendiri.

Untuk menambahkan lebih aroma, anda boleh masukkan antara dua hingga tiga hiris bawang putih semasa menggoreng.

Inilah satu rahsia dari peniaga kerepek.

Anda boleh mencubanya sendiri sama ada untuk dimakan atau dijual.

Mari kita ikuti perkongsian beliau di bawah ini.

Kerepek pisang mudah dengan hanya 3 bahan.

Rasanya cukup lemak, masin, dan rangup.

Bahan-bahan:

• Pisang 1 sikat
• Marjerin 1 cawan (200g)
• Minyak masak 1/2 kilo
• Saya guna pisang berangan (buat 1 sikat sahaja)
• Marjerin secawan

Cara memasak:

Panas kan minyak dan masukkan mentega, kemudian baru masukkan pisang yang telah dihiris untuk digoreng.

Selamat mencuba!

Baca:

Lautan manusia kerumun TRX demi David Beckham, disambut dengan sorakan meriah

‘Patut letaklah sirap, susu, kacang, cendol’ – Sanggup makan salji demi content

Bahaya terlalu bergantung kepada GPS, pemandu ‘sangkut’ atas jambatan