Realtime website trackingweb stats

Tali seluar sukan terkeluar? Ini cara masukkan tali seluar ramai tertanya-tanya

Oleh ARIF ABDULLAH

Bagi penggemar pakaian kasual atau sukan, pasti pernah perasan tali di bahagian getah pinggang seluar, bukan?

Namun, pernahkah anda terfikir bagaimana tali tersebut dimasukkan ke dalam getah pinggang seluar?

Adakah terdapat teknik atau peralatan khas yang digunakan?

Jangan risau! Menerusi perkongsian video TikTok @toplesaestieticid, persoalan ini akan terjawab.

Dalam video tersebut, tali yang dimasukkan ke dalam getah pinggang seluar menggunakan peralatan khas.

Tali seluar sukan terkeluar? Ini cara masukkan tali seluar ramai tertanya-tanya

Seluar akan dimasukkan ke dalam sebuah mesin, kemudian ia akan dikembangkan bagi memudahkan peralatan khas tersebut memasukkan tali ke dalam pinggang seluar.

Selain seluar, cara yang sama juga digunakan untuk memasukkan tali ke dalam hoodie atau jaket baju sejuk. Kaedahnya masih sama seperti teknik yang digunakan pada pinggang seluar.

Kegunaan tali di pinggang seluar biasanya adalah untuk mengikat pinggang seluar agar tidak longgar dan terlondeh. Tali ini sering ditemui pada seluar jenis sukan yang mempunyai getah di bahagian pinggang. Dengan adanya tali ini, saiz pinggang seluar boleh dilaraskan mengikut keselesaan pengguna.

BACA: Ini cara paling cepat sental bekas plastik berminyak ‘confirm’ bersih!