Realtime website trackingweb stats

‘Taktau nak panggil abah ke abang’ Umur lelaki ini beza 5 tahun dengan bapa mertua

Oleh ABDULLAH HAMID

Selain rezeki, jodoh juga adalah satu ‘rahsia’ Allah yang kita tidak tahu siapa yang ditakdirkan sebagai pasangan hidup kita sehingga tiba masanya untuk berumahtangga.

Baru-baru ini, sebuah perkongsian di TikTok menarik perhatian ramai tentang perbezaan umur seorang lelaki dengan bakal bapa mentuanya.

Dalam video yang dimuat naik oleh seorang lelaki bernama Zack, dia berusia 39 tahun manakala bakal bapa mentuanya berusia 44 tahun.

Klip video itu memaparkan momen Zack dan kekasihnya yang berusia 19 tahun mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis sederhana.

Zack turut menyatakan rasa syukur kerana diberi bakal ibu dan bapa mentua yang baik walaupun terdapat perbezaan umur yang hampir sama.

'Taktau nak panggil abah ke abang' Umur lelaki ini beza 5 tahun dengan bapa mertua

“Alhamdulillah, rezeki dapat bakal ibu dan bapa mertua yang baik,” tulisnya di kapsyen video.

“Awet muda betul!”

Ramai netizen terkejut melihat perbezaan umur yang hanya lima tahun antara lelaki itu dengan bakal bapa mentuanya.

Mereka juga terhibur kerana terdapat kekeliruan tentang video pertunangan yang dikongsi.

BACA: Pasangan suami isteri selamba buat transaksi RM34K guna telefon jumpa tepi jalan, ini yang dibelinya