Realtime website trackingweb stats

Takkan nak bayar loan sampai tua, pergi bank dan buat cara ini

Oleh SHAZLIN AZIZ

Bagi anda yang masih belum habis membayar pinjaman atau loan rumah, mungkin melalui kaedah bayaran prinsipal pembiayaan rumah ini dapat membantu anda melangsaikannya dengan cepat.

Tetapi, ada jenis pinjaman tertentu sahaja yang boleh.

Perkara ini telah dikongsikan oleh seorang wanita bernama Riyan Azer, di hantaran Facebooknya sehingga mendapat perhatian netizen.

Takkan nak bayar loan sampai tua, pergi bank dan buat cara ini

Nak tahu lebih lanjut mengenai cara, syarat dan manfaat bayaran prinsipal ini, ikuti penjelasannya di bawah.

Alhamdulillah, ini tahun ke-2 aku bayar prinsipal pembiayaan rumah.

Pembiayaan atau loan.

Aku sebut pembiayaan sebab aku pilih pinjaman secara islamik.

Kalau masih ada yang tak tahu. Kita sebenarnya boleh langsaikan cepat loan rumah dengan buat bayaran prinsipal.

Buat bayaran lebih setiap bulan atau bayar lebih setiap tahun.

Macam aku lebih selesa buat bayaran lebih setiap tahun. Senang simpan 1 resit saja 1 tahun. Senang buat rekod.

Cara-caranya:

  • Pergi kaunter bank.
  • Beritahu nak bayar prinsipal loan rumah.
  • Boleh bayar secara tunai atau tolak dari akaun bank masing-masing.

Tapi ikut jenis loan rumah juga ya.

Hanya jenis loan jenis semi-fleksi dan fleksi-penuh saja yang boleh bayar lebih cara macam ini.

Kelebihan bayar cara prinsipal ini:

1. Dapat selesaikan loan rumah dengan lebih awal

2. Dapat mengurangkan bayaran faedah pinjaman.

Bayar setiap bulan tapi jumlah pinjaman tidak berkurang, sebenarnya sebahagian besar pembayaran adalah untuk faedah sahaja hehe. Sekiranya bayar bahagian utama (prinsipal), barulah jumlah pinjaman berkurangan terus.

3. Dapat hidup lebih tenang sebab tiada hutang di usia tua

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk para pejuang rumah atas nama sendiri.

Soalan teknikal seperti berapa jumlah bayaran prinsipal yang sepatutnya dan cara bayaran: boleh rujuk kepada LO/loan agreement anda atau pihak bank anda kerana setiap pembiayaan atau pinjaman individu adalah berbeza.

Baca:

Kerajaan agih duit bantuan SARA hari ini 700,000 orang layak terima

Polis Evo 3 kutip RM50 juta tapi 3 filem ini paling rugi, nombor 2 tu pun pasal polis

Berdarah melayu brunei, Puteri Ameerah tarik perhatian netizen