Realtime website trackingweb stats

‘Takkan lebai menipu kot’ Pemimpin UMNO Johor cabar Hadi Awang dedah nama pemimpin UMNO yang bincang dengan Pas

Oleh SHAZLIN AZIZ

Dalam satu hantaran di Facebook, Nur Jazlan menyatakan bahawa Umno telah belajar dari kesilapan lalu

Dan tidak akan terjerumus ke dalam lubang yang sama untuk kali kedua.

“Umno tidak terdesak dan tidak bernafsu untuk bekerjasama dengan PAS lagi.

“Jika PAS rasa mereka hebat dengan Perikatan Nasional (PN) seperti sebelum ini, teruskanlah.

Umno pun ada haluan sendiri. Tidak perlu mengungkit-ungkit lagi soal MN; tiada sesiapa yang mahu mengulangi kesilapan yang sama.

'Takkan lebai menipu kot' Pemimpin UMNO Johor cabar Hadi Awang dedah nama pemimpin UMNO yang bincang dengan Pas

“Umno tidak sama seperti PAS yang terobsesi dengan poligami. Sekarang ini, orang PAS pun mahu mencari orang bukan Islam untuk berkahwin demi mendapatkan undi,” katanya.

Nur Jazlan turut berkata bahawa Abdul Hadi Awang sebenarnya cuba “menipu” mengenai siapa yang meninggalkan MN.

“Dulu mereka rapat dengan Umno, bersumpah setia dan menangis-nangis mahu bersama dalam MN. Tetapi apabila sudah tidak sesuai dengan selera PAS, mereka terus meninggalkan Umno begitu saja. Tidak ingatkah siapa sebenarnya yang meninggalkan siapa dahulu?” tambahnya.

Abdul Hadi, dalam sidang media selepas merasmikan Muktamar PAS ke-70 di Kerdau, Temerloh, pada hari Sabtu yang lalu, mendakwa bahawa PAS tetap berusaha menarik sokongan pemimpin Umno untuk menghidupkan MN.

Namun, Nur Jazlan menjelaskan bahawa usaha tersebut melibatkan sebahagian pemimpin dan bukan pasukan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

Sehubungan itu, Nur Jazlan mencabar PAS untuk mendedahkan pemimpin partinya yang bukan daripada kumpulan atau penyokong Ahmad Zahid yang terlibat dalam perbincangan penyatuan orang Melayu-Islam dan bumiputera seperti yang didakwa.

“Hadi cuba menipu siapa? Jika benar ada perbincangan tersebut, saya cabar Hadi untuk mendedahkan nama-nama pemimpin Umno yang kononnya berbincang dengan PAS.

“Takkan hanya cakap ‘ada’ tetapi tidak berani menyebut nama. Janganlah Pak Lebai hendak menipu,” sindirnya.

“Pengalaman bersama PAS dalam MN sudah cukup pahit. Umno pun telah belajar dari kesilapan lalu. Jika sudah jatuh dalam lubang yang sama sekali, tidak mungkin mahu jatuh kali kedua,” katanya lagi.

“PAS ini seperti lintah ketika musim banjir di Pantai Timur. Selalu lapar darah. Bila tidak dapat mengikis duit dari Bersatu, PAS mula mencari Umno yang kini berada dalam kerajaan Perpaduan dengan harapan dapat menempel di kulit Umno dan menghisap darah lagi,” tambah Nur Jazlan.

BACA: Anak bising di kedai makan, selain beri telefon, ini cara lebih berkesan diamkan budak