Realtime website trackingweb stats

Tak usahlah umpan pelayan seksi, Ustaz Azhar Idrus kongsi 3 ‘pelaris’ kedai makan

Oleh AHMAD ISMAIL

Ada kedai makan Muslim selamba umpan pelanggan terutamanya lelaki dengan pelayan seksi sehingga mendapat teguran Ustaz Azhar Idrus.

Penceramah selebriti itu berkata, hukum menggunakan pelaris adalah harus, tetapi pelaris itu mestilah yang mengikut syarak.

Menurutnya, tiga pelaris yang boleh digunakan oleh peniaga kedai makan untuk menarik pelanggan iaitu sedap, cepat dan murah.

Tak usahlah umpan pelayan seksi, Ustaz Azhar Idrus kongsi 3 'pelaris' kedai makan

“Itulah tiga pelaris besar terutamanya bagi kedai makan.

“Ini tidak, tengok gambar tubik (keluar) air liur, tapi bila suap (makan) muntah sebab tak sedap,” ujarnya dalam satu sesi soal jawab di sebuah masjid baru-baru ini.

Satu lagi, ujarnya, jangan lambat sampai kena panggil untuk pesan makanan.

“Di Eropah kalau makanan tidak sampai dalam masa tujuh minit, peniaga boleh disaman.

“Tempat kita, duduk sejam setengah pun tak sampai lagi makanan, anak-anak sampai tidur atas meja tunggu makanan sampai,” tempelaknya.

Sehubungan itu, kata Azhar lagi, untuk melariskan kedai makan juga, peniaga mesti meletakkan harga makanan murah atau pada kadar yang berpatutan.

“Murah itu bukan sampai rugi, tapi jangan melampau-lampau ambil untung,” jelasnya.

Beliau menegaskan pelayan seksi sebagai ‘pelaris’ kedai makan merupakan perbuatan haram dan berdosa di sisi agama.

Menurutnya, rezeki yang diperolehi hasil menggunakan pelayan seksi sebagai pelaris juga tidak akan berkat.

“Haram menggunakan pelayan-pelayan sehingga terbeliak mata kita (pelanggan) tengok.

“Contohnya, upah perempuan pinggang 43, tetapi disuruh pakai seluar pinggang 27.

“Tubik habis daging (isi badan). Kita asal nak order (pesan) tea o beng (tea o ais), tengok badan (pakaian seksi) terus tukar jadi timun (tembikai) susu,” ujarnya.

Justeru, Azhar menegaskan bahawa pelanggan yang datang ke kedai pelayan seksi itu mendapat dosa.

“Pelayan yang dedah aurat pun dapat dosa. Tauke kedai juga akan disoal di akhirat,” tegas UAI lagi.

Baca:

Jadi ketua negara ke-17, jom kenali sedikit sebanyak latar belakang Sultan Ibrahim

‘Tak gemar berfikir, hanya suka main game’ – Terkejut ibu ini semasa menemuduga remaja perempuan

Kongsi sarapan dengan kucing, pengarah yang sedang stres ini ‘healing’ jiwa