Tak tahan bunyi bising anak jiran sebelah, lelaki PhD letak racun dalam saluran paip.
Tiada angin tiada ribut, sebuah keluarga ini merasa pelik kerana tahap kesihatan mereka tiba-tiba terjejas tanpa diketahui sebab sebenar. Antara kesan yang dialami adalah seperti pening kepala yang lebih teruk daripada migrain, rasa loya, mengantuk, kelesuan, kesukaran bernafas dan juga keguguran rambut.
Umar Abdullah berusia 36 tahun hanya tinggal bertiga bersama isteri serta anaknya yang berumur 1 tahun. Sepanjang mereka tidak sihat, Umar menyedari dalam kediaman mereka mempunyai bau-bau seperti bahan kimia namun dia tidak dapat pastikan apa, di mana atau dari mana ia datang. Kerana curiga, akhirnya Umar sengaja meletakkan satu kamera khas di celahan pasu bunga menghadap ke pintu rumah mereka.
Mengejutkan, jiran tingkat bawah yang sudah dikenali selama 1 tahun rupanya datang menyelinap dan menyuntik sesuatu menerusi pintu rumah Umar. Difahamkan, Xuming Li merupakan seorang pelajar PhD dalam jurusan kimia dan kini sedang menuntut di University of South Florida iaitu antara universiti terbaik dalam ranking global.
Sebelum ini, 2 pihak tersebut memang pernah ‘berseteru’ di mana Xuming merasa kurang senang tentang bunyi bising setelah Umar menimang bayi. Namun Umar tidak sangka jirannya sampai ke tahap sanggup meracuni mereka sekeluarga. Lelaki ini telah melaporkan hal itu kepada pihak berkuasa dan pasukan hazmat segera datang ke rumah mereka untuk kerja-kerja pembersihan.
Hasil siasatan mendapati Xuming gunakan campuran bahan kimia jenis Metadon (kesan sama seperti morfin) serta Hydrocodone (menyerupai pain killer).
Berita melaporkan Xuming telah pun ditangkap dan dihadapkan ke dalam prosiding mahkamah atas 6 pertuduhan. Umar sekeluarga merasa amat trauma dengan kejadian ini hinggakan mereka begitu takut jika terjatuhkan barang atas lantai rumah tanpa sengaja.