Realtime website trackingweb stats

Tak susah pun nak buat, pastikan stok rebusan ini ada di rumah sampai Mei nanti

Oleh FATIN AQILAH

Stok barli nampaknya bahan wajib sentiasa ada di rumah memandangkan cuaca panas di negara ini sudah pun bermula hingga Mei ini.

MetMalaysia pun sudah menjangkakan suhu maksimum harian di Malaysia boleh jadi lebih tinggi di kebanyakan tempat susulan cuaca panas ini.

Ikuti perkongsian daripada Eja Razak ini mengenai khasiat minuman barli yang tidak hanya terhad untuk menurunkan suhu badan ketika demam sahaja:

Tak susah pun nak buat, pastikan stok rebusan ini ada di rumah sampai Mei nanti

Stok barli sentiasa ada dekat rumah ini.

Cara saya nak elak hari-hari rebus barli ialah rebus 1 cawan barli bersama 3 cawan air.

Apabila barli dah masak lembut, air rebusan dah pekat tutup api (guna api perlahan saja).

Sejukkan dulu sebelum isi dalam bekas simpan dalam peti.

Setiap kali nak minum ambil 2 sudu besar dan tuang air panas mendidih 1 gelas biar 30 minit baru minum.

Sehari 2 kali minum.

Tak perlu letak gula lagi bagus untuk kesihatan.

Barli basuh sekejap sebelum rebus.

Saya buat sampai 4 hari sahaja dah habis guna. Jadi, saya tak pasti lebih dari itu tahan atau tidak.

Antara khasiat mengamalkan pengambilan minuman barli ialah:

  • Mampu kurangkan kolestrol dalam badan.
  • Mampu kurangkan berat badan, saya memang minum sekali makan biji barli dan saya skip sarapan boleh kenyang sampai tengah hari.
  • Mampu turunkan suhu badan ketika demam.
  • Sesuai untuk ibu mengandung, mampu elak sembelit dan kawal gula dalam badan.
  • Sesuai untuk ibu menyusu (penggalak susu badan).
  • Kaya vitamin B dan kalsium.

Baca:

Khairul Aming bukan usahawan berjaya pun, pendapat lelaki ini mengejutkan

Selepas tiga bulan bercerai dengan Mawar, akhirnya adik kepada cef selebriti ini buka mulut

Jenis – jenis ikan untuk kesuburan, sesuai bantu wanita hamil