Ramai tanpa sedar dah buang banyak wang setiap hari walaupun mengeluh kos sara hidup makin meningkat.
Satu tinjauan pendapat di media sosial mendapati ramai yang mengaku melakukan perkara yang diketahui membazir tetapi tetap dilakukan.
Ada yang menganggap masuk ‘kedai dua ringgit’ sebagai membazir kerana beli pelbagai barangan lantaran murah tetapi kemudiannya tidak pakai pun.
“Pergi dan beli benda yang sama walaupun membazir tapi itulah salah satu cara release stres kami orang perempuan,” kata seorang kaum Hawa.
Hal sama juga dilihat berlaku pada hal berkaitan pakaian dan perhiasan diri apabila berlaku pembelian berlebihan yang tidak perlu.
“Kalau beli tudung mesti nak juga beli warna yang sama walaupun dah ada banyak warna tu. Beli gincu dari yang mahal sampai ke yang murah tapi pakai tak pun,” ujar seorang wanita.
Dalam masa sama, tindakan membeli barangan mainan anak dan membeli kopi turut tersenarai sebagai perangai yang membazir.
“Suruh anak beli mainan ambil saja apa dia nak masa gaji. Beli, balik rumah langsung dia tak main benda tu.
“Beli kopi mahal walaupun di rumah ada macam-macam jenis kopi,” kata netizen lagi.
Duit juga diakui warga maya banyak dibazirkan untuk pelbagai medium hiburan seperti Astro dan penstriman Netflix.
“Astro. Jarang buka tv tapi bayar jugak.
“Netflix tak tengok, tapi nanti bila suami kata, “tak tengok dah ‘kan? Bolehlah unsubscribe. Dan-dan cakap, “eh, tengok, apa pula tak tengok, terus marathon dua, tiga movie.
“Tv luar, tv dalam, tv dapur, Netflix premium, YouTube premium, Astro movie/ sports, tablet, hp… Tapi malam pukul 9.30 dah berdengkur,” demikian antara komen netizen.
Turut dibazirkan ialah penggunaan tenaga termasuk memasang kipas angin walaupun sudah sedia sejuk.
Terdapat juga tabiat mereka yang pasang tv tetapi mata terus menerus menghadap skrin telefon serta memberus gigi dengan air paip sinki dibiar mengalir.
Baca:
Siti Nurhaliza pun rupanya ada banyak lagu ketuhanan, lagu kelima mungkin ramai tidak sangka
Dari apartment kecil ke rumah teres, kisah pasangan ini memang menginspirasikan
Ada ayat rupanya boleh amal, lelaki ini kongsi 5 tips kekal tenang walau tinggal 10 sen