Tak sangka! Rupanya ini sebab syarikat 8 bulan dilantik Kementerian Pengangkutan. Dua minggu lalu, Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke mengumumkan tiga syarikat baharu yang dilantik sebagai Penyedia Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) bagi fasa pertama.
Namun, pengumuman itu mencetuskan pertikaian dalam kalangan warganet apabila didapati salah satu syarikat baru sahaja beroperasi selama 8 bulan.
Anthony Loke Jawab Persoalan di Dewan Rakyat
Dalam sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, Anthony Loke tampil memberikan penjelasan mengenai rasional di sebalik pelantikan tersebut.
Menurut beliau, syarikat yang dipersoalkan itu mempunyai modal yang mencukupi untuk melengkapkan infrastruktur mengikut kriteria ditetapkan, seperti yang dipetik dari Sinar Harian.
Beliau turut menegaskan bahawa bukan isu tempoh operasi yang menjadi keutamaan, tetapi kemampuan syarikat memenuhi syarat sebelum diberikan lesen operasi.
“Bukan Syarikat RM2, Tapi Ada Modal RM20 Juta”
Anthony Loke turut menjelaskan bahawa syarikat tersebut bukan syarikat baharu sepenuhnya, tetapi mempunyai perniagaan lain dan modal yang kukuh.
“Syarikat ini bukan syarikat RM2, tetapi mempunyai modal RM20 juta. Ia juga milik penuh bumiputera dengan ketiga-tiga pengarahnya adalah bumiputera. Oleh itu, kita perlu ada keyakinan terhadap syarikat ini,” tegasnya.
Syarat Ketat Pelantikan PPKM
Anthony Loke turut menerangkan kriteria ketat yang perlu dipenuhi oleh syarikat-syarikat yang ingin menyertai proses tawaran PPKM, termasuk:
– Modal berbayar minimum RM10 juta sepanjang tempoh perkhidmatan.
– Modal pusingan minimum RM5 juta setahun.
– Berdaftar dan berlesen dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
– Dimiliki sepenuhnya oleh syarikat tempatan dalam kategori Sendirian Berhad (Sdn Bhd) atau Berhad (Bhd).
– Memiliki sijil pematuhan standard daripada Jabatan Standard Malaysia dalam tempoh dua tahun.
– Menyerahkan deposit atau bon minimum lima peratus daripada nilai modal pusingan.
– Memperoleh Sijil Kemudahan Yang Diluluskan (KYDL) daripada Jabatan Alam Sekitar sebelum pelesenan.
– Berdaftar sebagai ahli International Motor Vehicle Committee (CITA) dalam tempoh dua tahun dari tarikh pelesenan.
Anthony Loke berharap dengan penjelasan ini, kontroversi mengenai pelantikan syarikat PPKM baharu dapat diperjelaskan dan keyakinan orang ramai dapat dipulihkan.
BACA LAGI :
Lim guan eng dan Anthony loke bertelagah? Ini respon Anthony loke
TAK BERGANJAK! DAP bersama UMNO kempen PRN, Anthony Loke tegur PN, DAP janda kamu
Tun M malu rahsia Pulau Batu Puteh terbongkar, petik 3 nama tanggung kesilapan sama-sama