Realtime website trackingweb stats

Tak sangka 90% hasil sumbangan kena rembat, lelaki ini bagi tips elak sedekah kepada scammer

Oleh ADINDA

Tak sangka ada pertubuhan NGO yang rembat sehingga 90% hasil sumbangan orang ramai lantas masuk dalam poket sendiri.

Nak lihat sejauhmana sesebuah NGO itu jujur dengan keluar masuk wang dalam akaunnya, lihat pada laporan audit. Ada atau tidak.

Malangnya, masih ada NGO yang macam ‘scammer’ menunggang sifat sedekah berleluasa mengambil kesempatan di atas sifat pemurah kebanyakan masyarakat di negara ini.

Ikuti pandangan KAMARUL AFIQ AS-SUBANJI mengenai NGO dan aktiviti scam atas nama sedekah ini:

Saya cukup sensitif betul bab sedekah dan derma ni. Bagi saya, kalau saya sedekah, saya tak fikir dah pasal pahala sebab pahala tu memang Allah dah jamin selagi mana kita ikhlas. Yang jadi kegusaran saya adalah duit saya bagi tu sampai ke tidak.

Sebab itu, saya tak setuju kalau ada orang kata, “sedekah ni kita biar macam tahi. Lepas bagi, kita biar je”. Kalau kita tak fikir ke mana ia disalurkan, maka suburlah aktiviti scam atas nama sedekah. Siap jual nama Allah pun ada.

Kalau nak bersedekah pada NGO, pastikan NGO tu ada keluarkan audit, bukan membisu 1,000 bahasa selepas diminta audit.

NGO yang sakau duit sedekah ni boleh dikatakan salurkan 10% kepada penerima, 90% masuk poket sendiri. Tayang kat media sosial semata-mata nak tunjuk wayang yang dia dah salur kepada penerima.

Kita kena ada rasa pelik pendiri NGO hidup mewah dengan kereta mewah, rumah besar tapi tak pernah keluarkan audit NGO. Orang minta audit, kau keluarkan air mata meraih simpati kononnya difitnah.

Baca:

Ada apa dengan air mineral? Ini 5 manfaat air mineral pada kesihatan kulit anda

Ramai rupanya anak muda sanggup papa asalkan bergaya, elak terjebak ikuti nasihat pakar kewangan ini

Tergamak menangguk di banjir darah Palestin, ini nasihat polis dan NGO elak jadi mangsa penipuan