Pada pagi semalam, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Selangor
Merwka telah memasang perangkap untuk menangkap seekor buaya yang kelihatan di Tasik Seksyen 7 Shah Alam.
Tidak sampai 24 jam, buaya tersebut telah masuk ke dalam perangkap sekitar pukul 10.30 malam semalam, lapor Berita Harian.
“Buaya yang kita selamatkan malam ini adalah buaya tembaga jantan sepanjang 1.68 meter berusia sekitar tiga hingga lima tahun dengan anggaran berat 15 hingga 20 kilogram.
“Ini adalah operasi menyelamat buaya yang paling pantas yang pernah kita lakukan kerana dalam masa tidak sampai 24 jam,
perangkap sudah berjaya menangkap buaya yang memakan umpan segar yang kita letakkan,” kata Pengarah PERHILITAN Selangor, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh.
Beliau turut menambah, tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menutup taman tasik pada waktu malam bermula malam ini juga membantu dalam menangkap reptilia tersebut kerana suasana yang sunyi dan tiada gangguan.
Untuk memastikan tiada buaya lain di kawasan tersebut, PERHILITAN meminta MBSA untuk terus menutup taman tasik pada waktu malam selama sehari dua lagi.
Sementara itu, buaya yang berjaya ditangkap telah dipindahkan ke Paya Indah Wetlands malam semalam.
BACA: Johnny’s Restaurant dan Black Canyon akhirnya tampil perjelas status Halal