Seorang pakar Obstetrik dan Ginekologi menegaskan bahawa tidak salah makan kanji.
Namun, Dr. Imelda Balchin berkata, adalah lebih baik mengimbanginya dengan pelbagai serat daripada sayur-sayuran dan salad.
Doktor berpengalaman lebih 25 tahun di United Kingdom (UK) dan Malaysia ini juga memberitahu, beliau makan bubur lambuk dalam hidangan sahurnya pada 10 Ramadan lalu.
Malah, Dr Imelda masih sempat berjoging sejauh 10 kilometer sebelum sahur!
Ikuti penjelasan beliau mengenai pentingnya serat sayur dalam hidangan:
Apa yang lebih sihat daripada bubur lambuk?
Jawapannya ialah bubur lambuk + ulam-ulaman.
Rakyat Malaysia perlu mengubah tabiat pemakanan yang lebih sihat.
Tidak salah makan kanji tetapi lebih baik mengimbanginya dengan pelbagai serat daripada sayur-sayuran dan salad.
Makanlah makanan yang seimbang. Janganlah makan kanji saja.
Bila pesakit tanya, “Doktor, saya makan sikit je tetapi kenapa bacaan gula saya spike melambung?”
Jawapannya ialah, tengoklah apa yang awak makan, walaupun makan sedikit, pastikan ia seimbang supaya lebih senang nak kawal bacaan gula.
Kalau makan kanji saja, ini terlalu cepat dihadamkan dan dicernakan menjadi gula maka gula di dalam darah akan naik tinggi dengan cepat.
Tetapi, jika kanji itu dicampur dengan ulam-ulaman, salad, sayur-sayuran, maka kehadiran serat-serat di dalam makanan ini melambatkan penghadaman di dalam perut.
Serat-serat itu juga melambatkan kenaikan gula di dalam darah supaya taraf gula itu lebih steady dan tak naik melambung terlalu tinggi.
Pengambilan serat juga memberikan lebih peluang mengurangkan ubat untuk mengawal diabetes.
Bukan itu saja, serat sayur dan ulam ini lebih bagus untuk kesihatan usus, mengurangkan sembelit dan mengurangkan risiko kanser usus.
Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda semua dan kita semua berusaha menjadi lebih sihat lagi. Amin.
Baca:
Mangga terlebih masak jangan dibuang, ini cara mudah buat agar-agar mangga yang sedap
Budak di kedai ditanggalkan baju dan ditampar, inilah rupa pendudukan tentera
Tak duduk dalam kasut, cara Neelofa & Nabil respon luahan ‘caller’ raih kritikan warga maya