Saya nak berkongsi langkah-langkah untuk urusan akad nikah saya.
Dari awal sampai borang SPPIM saya boleh lulus dalam serta-merta tidak sampai berapa jam selepas hantar borang di pejabat agama.
Saya cerita ringkas borang SPPIM ini:
Negeri yang terlibat adalah W.Persekutuan, Perak, Kedah, Perlis, N.Sembilan, Melaka, Johor dan Selangor.
Anda perlu menggunakan SPPIM sekiranya anda adalah pemohon (pasangan atau salah seorang) yang akan menghantar borang serta dokumen permohonan nikah di PAID atau pejabat Jabatan Agama Islam di 8 negeri di atas.
*Penulis telah lakukan semakan semasa artikel ini ditulis, kemas kini yang terbaru termasuk Negeri Terengganu.
TIPS ISI BORANG KEBENARAN BERKAHWIN
Seeloknya isi borang SPPIM ini 90 hari sebelum tarikh akad nikah. Contohnya, saya akad nikah Mac 2023, jadi bulan Disember 2022 dah boleh mula isi borang SPPIM.
1. Isi borang SPPIM di Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (sppim.gov.my)
2. Sebelum isi borang tu sila sediakan maklumat seperti berikut:
Nama penuh, no IC, alamat dalam IC dan alamat tempat tinggal (jika berbeza dengan IC), email untuk kedua-dua pemohon, tarikh nikah dan alamat tempat nikah.
Masjid dan pejabat agama kariah masing.
Maklumat gaji, alamat tempat kerja, no tel tempat kerja dan jawatan untuk kedua-dua pemohon.
Pemohon perempuan, penting untuk dapatkan maklumat wali sebelum isi borang (nama penuh wali, IC, alamat, no tel, hubungan, tarikh nikah ibu dan bapa).
Untuk HIV, korang tak perlu isi dulu.
3. Lepas dan tekan submit, dia akan keluar status isi borang untuk pemohon lelaki dan tunggu kelulusan borang lelaki untuk pemohon perempuan.
4. Sila print senarai semak untuk guideline korang. Senarai semak akan senaraikan semua dokumen yang korang perlu sediakan sebelum hantar borang.
5. Langkah seterusnya adalah daftar kursus kahwin untuk yang belum kursus lagi.
6. Dalam masa yang sama, terus buat appointment untuk HIV test sebab takut penuh. Boleh buat appointment online, walk-in atau call. Saya call untuk appointment.
Result HIV ini valid selama 6 bulan, jadi okay je kalau buat awal.
tips isi borang SSPIM
7. Selepas itu untuk perempuan penting sangat untuk tentukan wali.
Jika ayah masih ada, ayah lah jadi wali.
Kalau Ayah dah meninggal, kena sediakan salinan surat kematian ayah.
Jika atuk masih ada, atuk boleh menggantikan ayah untuk menjadi wali.
Jika tiada juga adik-beradik seibu sebapa dan seterusnya.
Korang boleh ikut susunan tertib wali yang disediakan.
8. Pemohon perempuan juga perlu sediakan surat nikah/surat penceraian ibu bapa jika mereka berpisah.
Jika surat nikah atau cerai hilang, kena buat cabutan di pejabat agama tempat ibu bapa kita nikah.
Sila call dulu pejabat agama sebelum korang hadir sebab mereka nak cari dulu rekod masih ada ke tiada.
Kalau tiada, korang kena buat permohonan naik mahkamah.
Surat nikah atau cerai itu sangat penting. Bila dah dapat nanti, semasa nak jumpa imam kariah atau submit borang kat pejabat agama, bawalah surat asal. Kadang diorang nak tengok yang asal.
9. Langkah seterusnya, korang dapatkan pengesahan maustatin jika alamat tempat nikah/tinggal tak sama dengan alamat IC.
Korang boleh dapatkan pengesahan dari penghulu/ketua kampung yang berkuatkuasa di kawasan tempat tinggal anda.
Masa nak dapatkan tu isi siap-siap berapa lama korang tinggal (6 bulan ke atas).
Bawa sekali bil elektrik/bil air.
10. Kemudian fotostat mana yang patut:
IC anda dan pasangan.
Sijil kursus kahwin.
Surat nikah/cerai ibu bapa.
Sijil kematian bapa.
11. Pergi tangkap gambar passport.
Backgroud putih.
Pakaian hendaklah sopan.
Lelaki bersongkok.
Perempuan bertudung.
Kalau boleh pakaian warna gelap.
Dah selesai semua itu, letak dalam file dan asingkan lelaki perempuan.
Kalau kariah berlainan, lelaki kena dapatkan kelulusan di kariah dia dan hantar dekat pejabat agama dulu, baru perempuan boleh proceed.
Saya alhamdulillah kariah yang sama dengan pasangan.
Jadi kami boleh hantar sama-sama. Masa jumpa imam tu korang get ready la dengan soalan imam. Sama juga dekat pejabat agama nanti.
BACA: