Ibarat tak sabar mahu jenguk dunia, seorang ibu yang sarat hamil terberanak semasa menghadiri rumah terbuka.
Rakaman video dikongsi di TikTok Che Kiah857 memaparkan ibu berkenaan mengalami pecah air ketuban semasa duduk bersembang sambil menjamu selera.
Susulan itu, keadaan dalam kediaman itu bertukar menjadi kecoh dan kelihatan sofa didudukinya dibasahi air ketuban.
“Air ketuban pecah, atas sofa baharu pula,” tertera kapsyen pada video itu.
Pengirim juga dalam video berlainan memberitahu ibu muda itu bagaimanapun kekal tenang dan segera dibantu oleh saudara-maranya.
Rata-rata pengguna terhibur melihat suasana huru-hara itu dengan rakaman video tersebut sudah pun meraih 1.3 juta tontonan.
Dalam masa sama, ada juga yang mempertikaikan tindakan perakam yang mentertawakan ibu berkenaan.
“Pertama bila benda ini jadi, tolonglah jangan menjerit terlolong, kasihan orang itu. Bawa tenang supaya dia pun tenang tidak kelam-kabut, sebab saya pernah lalui situasi begini,” kata Norazela.
“Saya pecah air ketuban rumah mentua, tak boleh bergerak. Baby meluncur keluar,” kongsi Muji House.
“Riuh, mesti cemas kan. Nanti bayi dah lahir ada benda nak diceritakan dekat dia kejadian sebelum dia lahir,” kata Nurul.
@yuzashila tengah2 berhari raya dan ber open house ..eh nk terberanakkkk🤣#fyp #fouryoupage #fypシ #bersalin #hariraya #openhouse #ketuban #kecohrayatiktok
Baca:
Ayam baru beli jadi kurang segar? Ini tips mudah kekalkan kesegaran, no 7 paling penting