Seorang wanita di Thailand telah memberi amaran kepada orang-orang yang menggunakan aplikasi teksi motosikal selepas dia mengalami kejadian tidak senonoh semasa menaiki motosikal bersama pemandu.
Laporan dari laman berita Thaiger semalam menyatakan kejadian tersebut.
Menurut wanita berusia 20 tahun itu, kejadian itu berlaku pada 1 Mac lepas, kira-kira jam 4.30 pagi waktu tempatan.
Dia menggunakan aplikasi yang tidak disebutkan untuk perjalanan dari Bangkok Noi ke Chatuchak.
Setelah naik motosikal itu, pemandunya diperhatikan menekan kakinya dengan kaki wanita tersebut, membuat mangsa menyedari lelaki itu tidak mengenakan seluar.
Mangsa segera turun dari motosikal dan meminta bantuan dari seorang pemandu teksi untuk membawanya ke balai polis.
Selepas memuat naik bukti kejadian di media sosial, pemandu lelaki itu menghubungi mangsa melalui Facebook dan meminta mangsa untuk memadamkan video tersebut.
Lelaki itu mengaku bahawa dia dalam keadaan mabuk dan bersedia untuk menawarkan penghantaran percuma selama sebulan sebagai tanda maaf.
Tetapi, wanita itu tidak mengambil peduli dengan mesej tersebut.
Sebaliknya, dia melaporkannya kepada pihak polis.
Baca:
Penyata akaun KWSP ketua keluarga ini buat netizen tergamam, umur masih muda tapi sudah ada 7 angka
Nampak je makan sayur tapi khasiat hilang, ini 5 cara masak sayur yang dapat kekalkan zat