Realtime website trackingweb stats

‘Tak rasa pun kena boikot’, ungkapan sedapkan hati Ruhainies bikin netizen ketawa berdekah

Oleh SHAZLIN AZIZ

Pelakon terkenal, Ruhainies, kini memperlahankan kerjaya lakonannya dan mengakui masih menerima tawaran kerja walaupun namanya terpalit dengan kontroversi khalwat.

Menurut laporan mStar, Ruhainies, yang nama penuhnya ialah Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas,

Menyatakan bahawa dia tidak merasakan dirinya diboikot. Dia percaya bahawa rezeki yang ditetapkan oleh Allah akan tetap ada untuknya.

“Saya baru sahaja selesai bekerjasama dengan beberapa jenama. Saya tidak merasakan diri ini diboikot

Jika benar ada boikot, itu di luar kuasa saya. Saya percaya pada rezeki, jika Allah telah menetapkan, tetap akan menjadi milik saya. Jika tiada rezeki tahun ini, mungkin ada tahun depan,” katanya.

'Tak rasa pun kena boikot', ungkapan sedapkan hati Ruhainies bikin netizen ketawa berdekah

Bagaimanapun, pelakon berusia 31 tahun ini memutuskan untuk berehat dari dunia hiburan dan bercadang untuk melancong ke seluruh dunia.

“Banyak juga tawaran berlakon yang masih ‘on hold’ tetapi buat masa sekarang, saya rasa mahu berehat dahulu. Semua orang tahu saya sedang berdepan ujian. Namun, saya terlibat dalam mempromosikan pelancongan Malaysia. Jadi, saya akan pergi ke banyak negara untuk tujuan itu.

“Untuk ulang tahun kali ini, saya mahu melancong ke lebih banyak negara. Dalam usia begini, saya tidak fikirkan tentang membeli-belah ketika sambut ulang tahun. Lebih baik saya simpan duit untuk menggembara,” ujarnya.

Ruhainies juga menyatakan bahawa dia tidak terlalu memikirkan soal mencari teman hidup, tetapi tidak menolak jika ada lelaki yang menerima dirinya seadanya.

“Jodoh kita serah kepada Allah, just go with the flow. Bukan mudah untuk bercakap tentang jodoh dan kita tidak boleh tergesa-gesa. Namun, jika ada yang sudi, saya terbuka untuk menerima. Jika lelaki itu adalah jodoh terbaik, tentu saya akan terbuka hati,” jelasnya.

Sebelum ini, nama Ruhainies menjadi perhatian apabila dilaporkan ditangkap khalwat bersama aktor Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur. Kedua-dua selebriti tersebut mengaku tidak bersalah atas tuduhan khalwat semasa sebutan kes di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 3 Julai lalu.

BACA: Baru tahu rupanya boleh servis sendiri aircond guna remote control ramai tak tahu