Realtime website trackingweb stats

Tak perlu tebuk dinding, ini cara betul pasang ‘exhaust fan’ di rumah

Oleh AHMAD ISMAIL

Malam pun terasa panas dan berpeluh.

Kita susah tidur sebab cuaca panas ni.

Sebabnya El Nino, cuaca panas yang melanda negara sekarang.

Tak perlu tebuk dinding, ini cara betul pasang 'exhaust fan' di rumah

Dia akan berterusan sampai akhir Mac 2024.

Untuk mereka yang mempunyai penyejuk udara di rumah mungkin tidak menjadi masalah, tetapi bagi yang tidak, anda boleh mencuba alternatif lain yang dikongsi oleh Jay Khor ini.

Cara memasang kipas ekzos dalam bilik tanpa perlu membuat lubang atau mengendalikan pendawaian.

Untuk memasang kipas ekzos tanpa merosakkan dinding, kita hanya perlu memasang alat ini pada rangka besi tingkap.

Berikut adalah langkah-langkah (DIY) yang boleh kita ikuti:

1. terbalikkan kipas exhaust dan keluarkan bahagian belakangnya. Jangan risau, ini tak akan ganggu fungsinya.

2. Kemudian, buka penutup bahagian depan.

3. Perhatikan terdapat lubang kecil di situ, masukkan kabel tie ke dalamnya.

4. Pilih tempat yang sesuai untuk letak kipas penghembus udara dan ikat kabel di sana.

Anda boleh mengikat mengikut selera anda tetapi pastikan ia teratur.

5. Selepas dipasang dengan baik, tutup kipas penghembus udara dengan penutupnya.

6. Selesai sudah! Mudah, bukan? Hidupkan suis untuk mengeluarkan haba panas.

Jika kabel tidak mencukupi panjangnya, anda boleh pasang sambungan.

Jika ada langsir di tingkap, pasang juga jaring.

Selamat mencuba semua!

@jay_khor Cara pasang Exhaust Fan secara DiY kat rumah sendiri #exhaustfan #kipasangin #kipasekzos #rumahbahang #rumahsejuk #cuacapanas #cuacapanas🔥🔥 #cuacamalaysia #Trending #tts #ttsboleh #tiktokshop #tiktokshopping #buyontiktokshop #wajibbeli #wajibviral #productreviewer #tiktoker #jaykhor #abangjay ♬ original sound – Abang JAY – Product Checker

Baca:

Ramai rupanya taasub dengan ‘Mawla Amin’ tunggang nasab suci Nabi, ini nasihat Menteri Agama

Elakkan ‘fancy’ dan guna nombor plat jenis ini jika tidak mahu ‘didekati’ abang JPJ

Cara mudah buat jeli kelapa muda, sesuai basahkan tekak musim panas ini