Realtime website trackingweb stats

Tak perlu rimas lagi dengan rumput keliling rumah, ini cara paling mudah guna garam saja

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Rumput dan lalang keliling rumah yang makin memanjang memang merimaskan. Baru saja cabut rasanya cepat rumput tumbuh balik.

Bagi anda yang payah nak cari masa untuk mencabut rumput keliling rumah, kini anda tak perlu kalut lagi.

‘Senjata’ bagi rumput liar tetapi subur itu rupanya ada di dapur saja. Garam kasar adalah cara paling mudah untuk mematikan rumput dan lalang ini.

Kawasan rumput liar yang yang ditabur dengan garam kasar akan kering dan mati.

Malah, taburan garam juga dapat mengawal masalah siput babi, lipan dan ular.

Menerusi Tik Tok Kak Tin Geng Kebun, berikut cara untuk mematikan rumput dan lalang di sekeliling rumah anda hanya menggunakan garam kasar:

1. Sediakan garam kasar. Ambil saja yang murah.

2. Tabur rata garam kasar tadi atas rumput atau lalang sekeliling rumah termasuk ke atas rumput di tepi pasu yang sukar dicabut sebelum ini.

3. Jika cuaca panas keesokan harinya rumput akan menguning dan kering tetapi garamnya masih ada.

@kebunkecilkaktin Garam ada byk jenis ya. Garam kasar dan halus tu utk masakan. Garam kotor sesuai tanaman seperti kelapa, pisang, durian dan yg sewaktu dgnnya. Satu lg garam pertanian. Halus dan warna pink. Tak aesuai masak tp sesuai utk pokok mangga. Vtt sy tentang tabur garam matikan rumput tu atas jln tar belakang rumah taman sy bukan atas tanah kebun sy. Sy tak tabur garam utk tanah luas. Sy mesin rumput. Lihat vtt sy mesin rumput. Apa2 garam pun boleh matikan rumput. Sy gunakan garam kotor utk membaja semua pokok kelapa sy, pisang, durian dan mangga. Tidak bagi pokok2 kecil spt pokok2 ulam dan herba. Terima kasih. #gengkebun #jomkebun #mencariredhaallah #tiktokguru_malaysia #fyp ♬ Sayunk I Love You – Chombi

Baca:

Khairul Aming dedah kenapa tiada aset rumah, kecuali sebuah kereta bezza, buat ramai terinspirasi

Lebih sejuta rakyat Malaysia tak bertegur langsung dengan jiran sebelah dalam tempoh sebulan, rupanya ini antara puncanya

Terkejut dengar pengakuan Yusof Haslam pasal Putri Sarah, mentang-mentang dah janda, sebut live pulak tu