Antara pilihan minum petang atau sarapan yang paling popular adalah cekodok pisang.
Ini bukan sahaja menjadi kegemaran kanak-kanak tetapi juga orang dewasa suka makan cekodok pisang ini.
Tetapi, adakah anda tahu rahsia untuk membuat cekodok pisang yang rangup dan kurang berminyak?
Ramai yang berpendapat jika kurang minyak, cekodok pisang akan menjadi keras, tetapi tidak dengan petua yang saya kongsikan ini.
Dalam artikel ini, anda akan mempelajari cara untuk membuat pisang goreng rangup luar lembut di dalam
Bahan-bahan:
• 5 biji pisang besar-besar
• 2 sudu besar majerin
• 5 sudu besar gula pasir (boleh kurangkan ikut citarasa)
• 1 sudu kecil soda bikarbonat
• 1 sudu kecil garam
*Semua bahan-bahan ini dilenyek sebati
Tujuan meletakkan mentega adalah untuk menjadikan tekstur luaran kulit jemput-jemput pisang lebih rangup apabila digoreng.
Mentega juga bertindak sebagai pengawal untuk menghalang minyak daripada meresap ke dalam inti jemput-jemput.
Ini akan memberikan perbezaan rasa yang unik dalam jemput-jemput pisang tersebut.
Setelah adunan campur rata, masukkan:
• 2 cawan tepung gandum
• Gaul saja bagi sebati dengan pisang yang dilenyek
• Tak perlu letak air
• Rehatkan dia kejap dalam 10-15 minit
Selepas itu, anda boleh menggoreng seperti menggoreng cekodok pisang biasa dengan api yang sederhana dan perlahan.
Jangan gunakan api yang terlalu kuat, kerana pasti akan hangus dan tidak masak di dalamnya.
*Adakah anda rasa lapar melihat kegebuan cekodok pisang ini?
Ia lebih memuaskan untuk dimakan kerana kurang berminyak!
Baca:
Penampilan ‘glamourous’ Cik B dikelilingi 10 penjaga curi perhatian netizen
Saiz hampir sama buat ramai pening, kenyataan dapat bezakan segmen A, B, C & D proton S70
Rider mengeluh pendapatan makin teruk, ini nasihat orang ramai yang mungkin relevan untuk yang muda