Penggunaan perhiasan di kalangan wanita bukanlah semata-mata suatu tren, malah mencerminkan nilai-nilai budaya dan keindahan seni.
Ini menunjukkan perhiasan bukan sahaja merupakan untuk fesyen, tetapi juga sebahagian daripada identiti dan keunikan setiap individu.
Namun sekiranya anda pakai emas secara harian, warna dan kilauan barang kemas ini mungkin berkurangan.
Oleh itu, penting untuk tahu cara membersihkannya supaya tetap cantik.
Pengalaman Bunga Yanie yang telah bekerja selama 13 tahun di kedai emas memberitahu pentingnya menjaga dan membersihkan perhiasan dengan cara yang betul.
Bagi banyak individu, pergi ke kedai emas untuk membersihkan perhiasan mungkin menjadi rutin, tetapi Bunga Yanie berkongsi tips agar pengguna dapat melakukan proses tersebut di rumah tanpa perlu mengeluarkan kos tambahan.
Cara cuci emas 750, 916, 999.
Jangan risau emas anda takkan lebur.
Kalau emas Korea jangan sesekali tiru ya.
Tak payah bazir duit hantar cuci di kedai emas sebab inilah cara mereka cuci emas.
Cara membersihkan barang kemas seperti di kedai:
1. Sediakan cecair pencuci pinggan jenama Joy atau Glo.
2. Tuangkan dalam periuk bersama air.
3. Masukkan barang kemas ke dalam air sabun itu dan panaskan api.
4. Kacau barang kemas sampai air mendidih dan kotoran terapung. Kemudian, boleh tutup api.
5. Letakkan barang kemas dalam besen berisi air bersih.
6. Gosok dengan menggunakan berus gigi dan bilas.
Keringkan, boleh menggunakan pengering rambut atau kain lap, dan biarkan kering.
Dengan langkah-langkah ini, barang kemas akan kelihatan seperti baru dan bersinar!
Baca:
Eh, bakul baju boleh isi air? – Tips surirumah ini memang ‘berfikir di dalam bakul’
Kakak-kakak yang suami bergaji RM7,000 ke atas, berjaga jagalah