Setiap rumah moden pada hari ini pasti dilengkapi dengan sekurang-kurangnya sebuah tandas untuk kegunaan isi rumah.
Tempat destinasi utamanya adalah tangki septik bagi sistem pembetungan bukan bersambung.
Menurut portal Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd, lebih satu juta tangki septik individu tersebar di seluruh Malaysia.
Tangki septik yang tidak dikosongkan akan meningkatkan risiko mudarat dan mencemari alam sekitar.
Oleh itu, mengikut saranan IWK, tangki septik individu seharusnya dikosongkan sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun.
Jadi, berapakah kos untuk mengosongkan tangki septik ini?
Menurut portal IWK, kos yang dikenakan untuk mengosongkan tangki septik berbeza-beza mengikut kategori rumah.
Anda boleh merujuk tangkapan skrin di bawah sebagai panduan.
Bagaimanakah pula cara untuk mendapatkan perkhidmatan IWK untuk mengosongkan tangki septik?
Anda tidak perlu risau, mengikut IWK, mereka akan mengeluarkan notis pemberitahuan untuk melakukan kerja pengosongan tangki septik kepada semua pemilik tangki septik dan pelanggan mereka.
Namun, jika anda ingin perkhidmatan pengosongan lebih awal, anda boleh membuat tempahan dengan melayari laman web IWK di iwk.com.my.
BACA: Cara atasi masalah lipas dalam kabinet dapur, hanya letak 4 jenis rempah ini