Kerajaan kini sedang mempertimbangkan cara untuk mempercepatkan cadangan untuk menaik taraf lesen lesen memandu motosikal kelas B2 kepada B secara automatik.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa beberapa pendekatan sedang dikaji, termasuklah faktor-faktor seperti umur dan tempoh pemilikan lesen.
“Apa yang telah kami bincangkan bahawa perlu ada tempoh tertentu terutamanya dari segi umur pemohon itu mesti berumur 35 tahun ke atas.”
“Kedua, pemegang lesen B2 itu untuk satu tempoh yang tertentu barulah layak untuk dapat B Penuh,” katanya menerusi sidang akhbar selepas sesi libat urus bersama Persatuan Motosikal di sini pada Isnin.
Turut hadir Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
Menurutnya, perkara tersebut akan ditentukan setelah satu mesyuarat terperinci diadakan antara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Traffik (JSPT).
“Ini saya serahkan kepada Anthony untuk tentukan bila tarikhnya,” katanya.
Cadangan menaik taraf lesen B2 kepada B Penuh itu diutarakan oleh Ahmad Zahid pada Ogos tahun lalu.
Sebelum ini, semasa sesi libat urus Anthony menyatakan, keputusan untuk menaik taraf kepada lesen B bukanlah perkara yang mudah seperti yang dijangka.
Hal ini disebabkan oleh fakta bahawa statistik JSPT menunjukkan bahawa kemalangan jalan raya paling kerap melibatkan individu yang berumur di antara 16 hingga 35 tahun.
“Kita lihat data, kalau budak yang baru dapat lesen B2 diberi lesen B, dia akan bertindak sewenang-wenangnya, kalau berumur sedikit mungkin lebih berpengalaman selain ada tanggungjawab kepada keluarga dan sebagainya,” katanya.
Pada masa ini, JPJ menjelaskan Lesen Memandu Kelas B2 adalah untuk motosikal yang tidak melebihi 250cc, sementara Kelas B melibatkan motosikal yang melebihi 500cc.
Baca:
Polis Evo 3 kutip RM50 juta tapi 3 filem ini paling rugi, nombor 2 tu pun pasal polis
“Dengan kekerdilan diri, saya mohon maaf kepada Siti Nurhaliza” – Mufti
“Dengan kekerdilan diri, saya mohon maaf kepada Siti Nurhaliza” – Mufti